Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

POLITIK : Lima Exco Selangor yang dipecat tetap hadir ke pejabat


Exco yang dipecat daripada pentadbiran negeri Selangor (dari kanan) Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr. Daroyah Alwi, Teng Chang Khim dan V. Ganabatirau ketika hadir di Bangunan SUK, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi.

SHAH ALAM 13 Ogos - Kelima-lima Exco yang dipecat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mendakwa tindakan Menteri Besar itu adalah tidak sah kerana tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, sekali gus menganggapnya sebagai satu rampasan kuasa.

Bekas Exco dari DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mewakili kelima-lima mereka turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid menerusi media yang menyatakan telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sedangkan Menteri Besar itu tidak menghadap baginda.

"Beliau tidak menghadap Sultan Selangor semalam. Penamatan dan pelantikan Exco perlu menghadap baginda untuk mendapat perkenan," katanya dalam sidang akhbar di lobi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah empat Exco lain yang dipecat iaitu Elizabeth Wong, Dr. Daroyah Alwi, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah.

Meskipun Abdul Khalid mengumumkan pemecatan tersebut berkuat kuasa serta-merta semalam, kelima-lima mereka tetap hadir ke pejabat masing-masing seperti biasa pada hari ini.

Sehubungan itu, Chang Khim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri memberitahu, mereka mendesak Abdul Khalid supaya meletakkan jawatan secara terhormat dengan segera.

Ini kerana jelasnya, Abdul Khalid telah kehilangan legitimasi politik dan mandat rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk mentadbir negeri ini.

Selain itu, katanya, Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar adalah hasil daripada persetujuan ketiga-tiga parti berkenaan.

Beliau menambah, mereka juga akan menyerahkan kepada parti masing-masing untuk tindakan selanjutnya termasuk mencabar pemecatan itu di mahkamah.

Sementara itu, Hian Wah mendakwa, pentadbiran sesebuah kerajaan negeri oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas adalah tidak masuk akal serta bertentangan dengan Perlembagaan selain tidak bermoral.

Beliau menjelaskan, mandat untuk mentadbir Selangor yang diberikan oleh rakyat adalah kepada pakatan pembangkang, bukan Abdul Khalid.

"Disebabkan itu, saya minta beliau meletak jawatan dengan segera dan biarkan rakyat yang membuat keputusan," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Hian Wah memberitahu, beliau kecewa dengan empat Exco Pas yang tetap hadir ke mesyuarat hari ini meskipun kepemimpinan tertinggi PKR dan DAP mendesak mereka supaya tidak hadir.

"Tindakan itu menunjukkan mereka tidak peduli dengan kerjasama pakatan pembangkang.

"Saya gesa pemimpin Pas segera membuat keputusan mereka dalam isu Menteri Besar ini," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_05/Lima-Exco-Selangor-yang-dipecat-tetap-hadir-ke-pejabat#ixzz3ARan77RK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: