Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Pas sokong Wan Azizah, Azmin



Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini memutuskan untuk mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagi jawatan Menteri Besar Selangor bersama-sama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun mesyuarat itu memutuskan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun parti itu tetap mengekalkan empat Exconya dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Melalui kenyataan yang ditandatangani oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dibacakan oleh Timbalannya, Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini, Pas juga menyatakan akan terus komited menjalin tahalusif siyasi dengan PKR dan DAP.

"Pas tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, Pas juga menghormati semangat yang ada dalam pakatan dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar. Sehubungan itu, Pas sebulat suara pada hari ini bersetuju mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata Abdul Hadi dalam kenyataan tersebut.

Walaupun pendirian Pas itu boleh mencetuskan polemik dalam PKR tetapi dalam masa yang sama ia memungkinkan Pas dilihat melakukan pusingan 'U' memandangkan parti itu sebelum ini secara terbuka menolak Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

Terdahulu, mesyuarat tersebut yang bermula pada pukul 10.10 pagi dihadiri hampir kesemua pimpinan tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi, Mohamad; Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob; tiga Naib Presiden Pas iaitu, Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd. Yusof.

Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama iaitu dewan tertinggi dalam Pas turut mempertahankan Abdul Khalid selain menegaskan beliau tidak boleh digugurkan selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu disingkirkan.

Bagaimanapun seperti diduga dalam mesyuarat hari ini, kedudukan Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR dijadikan alasan untuk Pas menarik balik sokongan mereka kepada Menteri Besar Selangor.

Perkara itu ditegaskan oleh Mohamad Sabu yang menyatakan, pendirian Majlis Syura Ulama Pas dalam mempertahan Abdul Khalid sudah tidak penting kerana beliau bukan lagi ahli PKR.

Bagaimanapun pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh wartawan pada sidang akhbar itu termasuk sikap tidak konsisten Pas, bukan sahaja gagal dijawab oleh Mohamad dan Mustafa malah kedua-dua pemimpin dilihat cuba mengelak daripada memberi penjelasan lanjut.

"Bila kita kata tidak setuju? (Wan Azizah sebagai Menteri Besar). Tidak berbangkit (sokongan Pas kepada Abdul Khalid sebelum ini), dia sudah dipecat. Dia bukan lagi ahli PKR. Tertakluk (keputusan Pas) dengan parti bukan individu," kata Mohamad.

Mengulas tindakan Pas terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang awal-awal lagi menyokong Wan Azizah, Mohamad berkata, belum ada tindakan akan diambil kerana Pas mahu 'melihat' perkara itu terlebih dahulu.

Mengenai perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan, katanya, perkara itu hanyalah andaian media yang tidak perlu dijawab.

Tambah beliau, Pas menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan sama ada mahu memberi perkenan atau tidak kepada dua calon yang telah dipersetujui itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140818/po_01/Pas-sokong-Wan-Azizah-Azmin#ixzz3AnxHDDig  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: