Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Siapa yang mereka sokong?

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan

DARI KIRI ATAS: Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang. DARI KIRI BAWAH: Khalid Samad, Kamarudin Jaafar

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang akan diadakan Ahad ini menjadi tumpuan apabila ia bakal menentukan pendirian rasmi parti itu berhubung perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemecatan Abdul Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan Penasihat PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang termasuk dua ADUN daripada Pas memungkinkan parti itu harus membuat keputusan penting berkaitan siapa yang harus mereka sokong.

Difahamkan, mesyuarat itu dijangka menyaksikan pertembungan antara golongan ulama yang sebelum ini melalui Majlis Syura Ulama Pas mempertahankan Abdul Khalid dengan menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan menyalahi hukum syarak dan beberapa pemimpin daripada golongan profesional yang dilihat sering membuat kenyataan yang dianggap cenderung menyebelahi pemimpin PKR dan DAP.

Keadaan itu memungkinkan ia menimbulkan persoalan, siapakah yang akan disokong oleh kumpulan pemimpin tersebut sama ada Abdul Khalid yang dipertahankan oleh Majlis Syura Ulama atau Wan Azizah yang dikatakan sudah ditolak oleh Pas bagi menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Antara pemimpin yang mendapat perhatian bagi mengetahui pendirian mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang didakwa menulis surat terbuka dan disiarkan dalam anwaribrahim.blog.com menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.

Turut menjadi tumpuan apakah pendirian Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dalam ucapan di Forum Krisis Selangor-Pakatan menyifatkan kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpihak kepada Abdul Khalid sebagai pandangan peribadi dan Dr. Dzulkefly Ahmad yang menganggap tindakan dua ADUN Pas menyokong Wan Azizah adalah bagi menyelamatkan pakatan pembangkang.

Lain-lain pemimpin ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.

Hujah yang mereka ketengahkan dalam mesyuarat tersebut dijangka memainkan peranan penting bagi menentukan keputusan Pas dalam berhadapan dengan kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor itu.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, walaupun ada dalam kalangan mereka dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan Majlis Syura Ulama Pas sejak krisis Menteri Besar berlaku, namun pendirian sebenar mereka hanya akan diketahui dalam mesyuarat tersebut.

"Mengikut amalan mesyuarat dalam Pas, jarang sekali parti itu membuat keputusan berdasarkan kepada undian sebaliknya berpandukan kepada hujah-hujah, pihak mana yang mengeluarkan hujah bernas, itulah yang akan menjadi panduan untuk parti membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ditanya adakah keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang mempertahankan Abdul Khalid masih relevan untuk diikuti oleh mesyuarat tersebut memandangkan beliau tidak lagi menjadi ahli PKR sumber itu berkata, majlis itu membuat keputusan berdasarkan Menteri Besar Selangor tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membolehkan beliau disingkirkan dan adalah zalim jika langkah itu dilakukan.

"Oleh itu sama ada Abdul Khalid masih lagi menjadi ahli PKR atau tidak, bukan persoalannya, apa yang menjadi dasar Pas sejak dahulu lagi ialah mempertahankan mana-mana pemimpin yang dizalimi," katanya.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat itu dijangka `panas’ memandangkan Pas sudah membuat keputusan termasuk dalam pertemuan tertutup antara Abdul Hadi dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa parti itu tetap menolak Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

"Pas sudah pasti tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar kerana akan berpegang kepada perjanjian bahawa ia milik PKR, tetapi yang Pas tidak mahu ialah Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid, oleh itu PKR perlu mencalonkan nama ADUN lain daripada parti itu bagi tujuan tersebut," katanya lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_01/Siapa-yang-mereka-sokong#ixzz3AnSm1WWg  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: