Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 August 2014

MH17 : Pengebumian jenazah Ahmad Hakimi alami kelewatan


BALU Ahmad Hakimi Hanapi, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Juneid sambil memangku anaknya, Abderrahman melihat keranda jenazah suaminya semasa upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Ogos - Suasana tenang di majlis pengebumian jenazah kru teknikal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini tegang seketika apabila beberapa ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan proses pengebumian jenazah yang didakwa dilakukan secara tergesa-gesa.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, yang sepatutnya dikebumikan serentak dengan jenazah seorang lagi mangsa tragedi itu, Allahyarham Nur Shazana Mohamed Salleh sebelum berlangsungnya solat Jumaat terpaksa ditunda sehingga pukul 3.10 petang.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian kedua-dua jenazah tersebut tiba pada pukul 1 petang di tanah perkuburan itu iaitu kira-kira 20 minit sebelum waktu solat Jumaat sehingga menyebabkan ada ahli keluarga mangsa yang tidak sempat menuju ke tanah perkuburan.

Malah difahamkan, kedua-dua jenazah yang tiba di Masjid Putra di sini pada pukul 12.20 tengah hari untuk solat jenazah juga tidak sempat dihadiri oleh sebilangan besar ahli keluarga mangsa sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, jenazah Nur Shazana yang tiba serentak dengan jenazah Ahmad Hakimi dikebumikan mengikut jadual sebaik sahaja dibawa turun daripada van jenazah.

Jenazah Ahmad Hakimi kemudiannya dibawa keluar oleh ahli keluarganya untuk dibawa ke Masjid Putra bagi disolatkan semula selepas berlaku situasi tegang apabila ada rakan mangsa meminta pengebumian itu dihentikan bagi menunggu ahli keluarga lain.

Keadaan itu menyebabkan jenazah terbabit terpaksa diusung ke surau berhampiran sebelum ahli keluarga mereka menukar keputusan untuk membawa jenazah ke Masjid Putra.

Urusan tersebut hanya selesai kira-kira pukul 3 petang dan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.10 petang sebelum kedua-dua jenazah itu dibacakan talkin oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin.

Sementara itu, menurut sumber, punca kekecohan itu berlaku selepas terdapat pertukaran pada waktu asal pengebumian kedua-dua jenazah itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_22/Pengebumian-jenazah-Ahmad-Hakimi-alami-kelewatan#ixzz3BNDFznx2  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: