Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

Rakyat berdoa untuk Malaysia

Oleh HUSSAINI AMRAN
dan MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM
pengarang@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin bersama beberapa menteri Kabinet dan orang ramai mengaminkan bacaan doa oleh Zakariah Isa pada program Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hadir bersama lebih 70,000 umat Islam dalam program Doa Untuk Malaysia yang diadakan bersama program Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka malam ini.

Program yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan ke-57 itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri dan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Syed Ali Alhabshee.

Program Doa Untuk Malaysia bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan negara bersempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini dan memohon supaya Allah SWT menghindari rakyat daripada tragedi atau insiden yang mendukacitakan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YPC dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta mendapat kerjasama TV Alhijrah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.fm) .

Antara pengisian program adalah solat maghrib berjemaah, solat isyak dan hajat berjemaah, doa untuk Malaysia, selawat serta qasidah,

SEBAHAGIAN daripada umat Islam yang hadir pada program Doa Untuk Malaysia dan Malam Cinta Rasul sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/Irwan Majid

Solat isyak dan hajat berjemaah dipimpin oleh Zulkifli manakala doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa.

Tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan kumpulannya mempersembahkan bacaan qasidah serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil disertai para hadirin.

Judul-judul qasidah yang dialunkan Habib Syech Abdul Qadir termasuk Ya Rasulullah Ya Nabi, Ya Hanana, Mahallul Qiyam, Ya Rabba Makkah, Subhanallah, Solatullah Salamullah, Ya Rabbi Bil Mustofha, Solatun Bis Salamil Mubin dan Busyra Lana yang kebanyakannya dipetik menerusi beberapa album qasidahnya.

Selain itu, tokoh dakwah, Sayyid Ahmad Muhammad al-Maliki menyampaikan tausiyah ‘Cinta Rasul’ yang diterjemahkan oleh pembimbing Majlis Darul Taklim Darul Murtadza, Habib Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al-Hamid.

Program itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team dan Anak Warisan Kasih.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140816/dn_01/Rakyat-berdoa-untuk-Malaysia#ixzz3AnNEDOcy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: