Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

Hercules, Nuri siap sedia bawa jenazah mangsa MH17


LANGKAWI 15 Ogos - Dua pesawat C-130 Hercules dan lima helikopter nuri bakal dipersiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 serta ahli keluarga mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negeri lain pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sebagai sebahagian daripada penghormatan negara terhadap mangsa dan keluarga terlibat selain memastikan urusan pengebumian jenazah berjalan lancar.

"Setiap pesawat itu hanya akan membawa satu keranda dan lapan anggota keluarga dari KLIA menuju ke lokasi di mana mereka mahu jenazah disemadikan.

"Bagi jenazah atau jasad yang mahu disemadikan di sekitar Kuala Lumpur, keranda mereka akan dibawa menerusi jalan darat dalam upacara yang dipenuhi istiadat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di Dewan Pusat Pameran Antarabngsa Mahsuri (MIEC) di padang Matsirat di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengisytiharkan tarikh 22 Ogos depan sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat berkenaan pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Sementara itu, katanya, upacara pada hari berkenaan akan bermula dengan ketibaan ahli keluarga yang berada di Amsterdam ke tanah air pada pagi itu.

"Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan doa serta seluruh negara berdiam seketika untuk beberapa minit sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi berkenaan.

"Apabila segalanya selesai, barulah kesemua keranda itu dipisahkan dengan jenazah mereka yang dibawa ke luar Kuala Lumpur dibawa menaiki pesawat manakala yang dibawa ke tempat berdekatan dibawa menaiki kereta jenazah," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140816/dn_03/Hercules-Nuri-siap-sedia--bawa-jenazah-mangsa-MH17#ixzz3AnOOiVXU  © Utusan Melayu (M) Bhd 


MH17: Ahli keluarga dinasihat tak buka keranda

PUTRAJAYA 15 Ogos - Ahli keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dinasihatkan agar tidak membuka keranda dan melihat keadaan jenazah sebaliknya terus disempurnakan sebaik sahaja tiba di tanah air.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, semua 16 mayat yang tiba 22 Ogos ini telah diuruskan sebaik mungkin dan hanya perlu disempurnakan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak menghalang sekiranya ada ahli keluarga yang tetap berkeras untuk melihat keadaan jenazah buat kali terakhir, namun saranan tersebut dibuat berdasarkan keadaan mayat yang tidak sempurna.

Beliau berkata, apabila 16 jenazah tiba pada 22 Ogos ini, kesemuanya akan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dibawa pulang ke Perak, Johor, Sarawak, Putrajaya dan sekitar Lembah Kelang.

"Ahli keluarga mangsa MH17 yang akan menerima jenazah pada 22 Ogos ini dinasihatkan tidak membuka keranda kerana keadaan mayat sudah terlalu lama dan tidak sempurna, lebih elok disegerakan urusan pengebumian.

"Kami juga ingin menasihatkan agar ahli keluarga tidak mengambil sebarang gambar jenazah sekiranya tetap mahu keranda dibuka, jika gambar berkenaan tersebar, dikhuatiri akan mengaibkan jenazah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57 Peringkat Kementerian di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Rohani, jenazah rakyat Malaysia yang dikenal pasti telah diuruskan dengan sempurna mengikut agama masing-masing dan bagi beragama Islam jenazah telah dimandi, dikafan serta disolatkan di Belanda.

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan jumlah jenazah dan abu mayat nahas MH17 warganegara Malaysia yang akan diterima Jumaat depan lebih daripada 15 seperti yang disahkan semalam.

Katanya, sebanyak 24 mayat warganegara Malaysia sudah dikenal pasti setakat ini dan ada kemungkinan jumlah mayat yang diluluskan untuk dibawa balik akan bertambah dalam tempoh seminggu ini.

"Kerajaan Belanda juga telah mengambil inisiatif untuk memateri keranda bagi mengelak ia dibuka, namun ahli keluarga mempunyai pilihan untuk membukanya atau pun tidak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140816/dn_09/MH17-Ahli-keluarga-dinasihat-tak-buka-keranda#ixzz3AnOxZeTp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: