Usain Bolt mempamerkan gaya yang menjadi trademarknya selepas memenangi acara 4x100 meter berganti-ganti di Hampden Park pada Sukan Komanwel, semalam. - AFP
GLASGOW - Juara Sukan Olimpik, Usain Bolt mencuri tumpuan apabila dia menyumbangkan pingat emas buat Jamaica setelah dia mengetuai kuartet 4x100 meter negaranya dalam aksi akhir acara itu pada Sukan Komanwel, semalam.
Selepas mengharungi kontroversi dan harapan menggunung yang diletakkan ke atasnya, juara dunia lapan kali, Bolt telah membuat penonton di Hampden Park cukup teruja menyaksikan dia beraksi untuk membantu Jamaica melakar rekod baru temasya iaitu 37.58 saat.
Malah, kejayaan tersebut membolehkan pelari tinggi lampai itu meraih pingat Komanwel pertama sepanjang kariernya yang cukup gemilang itu.
"Saya gembira untuk penyokong dan saya juga gembira kerana dapat pingat emas dalam Sukan Komanwel. Temasya ini (Sukan Komanwel) sentiasa berada dalam senarai pertandingan yang perlu saya sertai.
"Saya selalu mengidamkan untuk beraksi dalam Sukan Komanwel. Saya mahu berlari dalam acara individu di sini, namun saya mengalami kecederaan, maka saya membuat keputusan untuk menyertai 4x100 meter sahaja," kata kepada pemberita.
Kehadiran atlet pecut Jamaica berjaya mencuri tumpuan apabila diramal menguasai lapangan olahraga berikutan ketiadaan begitu ramai jaguh pada temasya tersebut, dan mereka nyata tidak menghampakan apabila mempamerkan kehebatan dengan karisma yang tersendiri.
Selepas mengetuai kuartet Jamaica yang turut disertai Jason Livermore, Kemar Bailey-Cole dan Nikel Ashmeade, Bolt telah meraikan kejayaan pasukan negaranya dengan melakukan aksi trademarknya lightning bolt sambil memakai topi tartan dan berselfie. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140804/sl_03/Bolt-curi-tumpuan-raih-emas-Sukan-Komanwel#ixzz39UTF93Eh © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment