Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 July 2014

WORLD CUP 2014 - Oranje tetap pulang bangga


JASPER Cillessen terlalu kecewa selepas gagal menyelamatkan sebarang sepakan lawan dalam aksi separuh akhir menentang Argentina di Arena Corinthians, Sao Paulo, pagi ini. - REUTERS

BINTANG sayap Belanda, Arjen Robben menegaskan, pasukannya tetap pulang bersama rasa bangga biarpun terus kempunan dalam misi memburu kejuaraan Piala Dunia pertama selepas dikecewakan oleh Argentina menerusi penentuan sepakan penalti 2-4, pagi ini.

Skuad Oranje pernah melangkah dalam tiga final Piala Dunia pada 1974, 1978 dan 2010, namun tiada satupun menghasilkan kejuaraan buat mereka.

Biarpun sudah menampilkan permainan terbaik sepanjang kempen di Brazil, namun tuah sekali lagi tidak berpihak kepada Belanda yang terpaksa berpuas hati untuk sekadar memburu kedudukan ketiga, menentang tuan rumah pada Ahad ini.

“Kami telah memberi segalanya dan saya amat bangga dengan pasukan ini.

“Kami beraksi sehingga penentuan penalti dan mereka telah melakukan yang terbaik.

“Kalah seperti ini amat teruk bagi kami dan ia menyakitkan," kata bintang Bayern Munich itu.

Dalam aksi di Sao Paulo itu, permainan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol dalam tempoh 120 minit perlawanan.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero menjadi watak utama yang membawa kepada kekalahan Oranje setelah menepis sepakan Ron Vlaar dan Wesley Sneijder untuk membantu pasukannya memburu Piala Dunia yang ditunggu-tunggu selama 28 tahun.

Ini adalah kali kedua skuad Oranje, yang dikecewakan Sepanyol dalam final Piala Dunia 2010 kalah menerusi sepakan penalti di separuh akhir.

Pengendali Belanda, Louis van Gaal mengakui dia sebenarnya mahu menggunakan penjaga gol gantian, Tim Krul dalam penentuan penalti, namun tidak boleh membuat pertukaran kerana sudah menukar tiga pemain dalam waktu sebenar.

“Saya telah menggunakan ketiga-tiga pemain gantian, jadi saya tidak boleh melakukannya," kata van Gaal

Belanda juga tewas kepada Argentina ketika kali terakhir mereka bertemu pada final 1978, sekali gus memberikan kejuaraan sulung buat La Albiceleste.

No comments: