Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 July 2014

WORLD CUP 2014 - Jangan dibuai mimpi


PEMAIN Jerman meraikan kejayaan melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Brazil dalam perlawanan yang telah mengejutkan dunia di Belo Horizonte, semalam. - REUTERS

BINTANG penyerang veteran, Miroslav Klose enggan terlalu memikirkan tentang rekod yang dilakar, selain kemenangan luar biasa yang dicipta Jerman ketika membenam Brazil 7-1 semalam, sebaliknya mahu fokus segera dialih kepada aksi final di Maracana, Isnin ini.

Klose, 36, muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia selepas menjaringkan gol ke-16 ketika membantu pasukannya membelasah tuan rumah di separuh akhir.

Dia, yang mencetak satu gol dalam perlawanan yang telah mengejutkan dunia itu, mengatasi rekod yang dipegang legenda Brazil, Ronaldo sejak 2006 iaitu 15 gol.

“Kejayaan ini saya tujukan buat anak serta keluarga saya.

“Saya amat gembira berjaya mencatat rekod, terutama mengatasi pencapaian Ronaldo, namun di peringkat sekarang perkara yang lebih penting adalah fokus kepada perlawanan akhir bersama pasukan.

“Kami kini memburu kejuaraan di final. Saya tidak kisah, siapa yang akan ditentang, kami akan memberi permainan terbaik untuk mencari kemenangan," kata penyerang Lazio itu.

Semalam, Jerman memberikan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri sejak 1975.

Lima daripada tujuh jaringan skuad Die Mannschaft disempurnakan pada separuh masa pertama, termasuk gol Klose di minit ke-23.

Sementara itu bintang tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger menyuarakan rasa simpati atas kekalahan besar tuan rumah dan kekecewaan yang ditanggung seluruh pemain serta penyokong skuad Selecao.

“Saya ingin mohon maaf kepada Brazil.

“Kami tidak sangka akan mencipta begitu banyak gol. Kami cuba menghormati permainan bola sepak dengan meledakkan sebanyak gol yang boleh. Piala Dunia merupakan impian kami.

“Kami selesa dengan layanan tuan rumah dan pasukan Brazil juga telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang Piala Dunia," katanya.

Rakan sepasukan Schweinsteiger, Thomas Mueller turut meluahkan simpati terhadap tuan rumah dengan berkata, pasukannya tiada berniat untuk memalukan mereka menerusi jaringan yang besar.

“Brazil tidak sepatutnya kalah dalam keadaan begini dan itulah yang saya katakan kepada rakan-rakan sepasukan selepas tamat permainan.

“Mereka juga tidak patut kalah besar di depan penyokong mereka dan di negara sendiri," ujar Mueller, yang menjaringkan gol pembukaan Jerman pada perlawanan itu.

Jerman kini berada di landasan untuk memburu kejuaraan keempat selepas menang pada 1954, 1974 dan 1990.

No comments: