Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 21 July 2014

MH17 - Sambut Aidilfitri bertukar tragedi



SEPANG 18 Julai - Kegembiraan seorang wanita untuk menyambut kedatangan 1 Syawal bersama ahli keluarganya di tanah air selepas 30 tahun berada di perantauan bertukar tragedi apabila beliau maut dalam insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine semalam.

Lebih memilukan, penantian sanak-saudaranya di kampung halaman musnah sekelip mata apabila mereka dikejutkan dengan berita sedih itu kira-kira pukul 11 malam tadi.

Noraini Md. Noor, 50, dari Petaling Jaya berkata, kakaknya, Norrahimah, 67, menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dan dijangka tiba pada pukul 6.10 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya ketika ditemui di KLIA awal pagi ini.

Sambil mengalirkan air mata, Noraini berkata, kakaknya mengambil cuti enam minggu semata-mata untuk berada di Malaysia dan sepatutnya pulang bersama anaknya, namun anaknya tidak dapat pulang pada saat-saat akhir.

“Saya sedih dengan apa yang terjadi, namun segala-galanya sudah takdir Ilahi, saya dan ahli keluarga lain hanya menunggu berita yang akan diumumkan," katanya.

Dalam pada itu, Mat Salim Sahmor yang merupakan bapa kepada Mohd. Ali, iaitu salah seorang penumpang pesawat MH17 berkata, anaknya turut berada di dalam penerbangan tersebut untuk pulang berhari raya.

Walaupun nahas udara itu mengejutkan dunia, Mat Salim kelihatan sangat tenang ketika menjawab soalan wartawan dengan memberitahu beliau tiba dari Muar, Johor petang semalam untuk menjemput Mohd. Ali.

Anak beliau merupakan penuntut Doktor Falsafah jurusan psikologi di sebuah universiti di Armsterdam dan kebiasaannya akan pulang? ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarga setiap tahun.

“Tetapi setelah menonton berita di kaca televisyen berhubung pesawat MH17, saya terus menghubungi anak-anak lain dan mengajak mereka terus ke sini.

“Saya hanya menunggu berita daripada MAS dan ahli keluarga akan diberikan taklimat di Hotel Marriot Putrajaya nanti," katanya.

Bagaimanapun, Mat Salim berkata, beliau masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya walaupun harapan kini tinggal menipis.

Beberapa ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah tiba di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal 1 pagi?bagi menanti berita dan nasib penumpang sama ada selamat atau sebaliknya.

Namun terdapat ahli keluarga penumpang enggan ditemuramah dan meminta diberikan ruang kepada mereka, malah kehadiran wartawan juga kurang disenangi segelintir keluarga.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_20/Sambut-Aidilfitri-bertukar-tragedi#ixzz383xFi6XN  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: