Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

F1 - Petak utama milik Rosberg


PEMANDU Williams, Felipe Massa (kiri), Nico Rosberg dari Mercedes (tengah) dan rakan sepasukan Massa, Valtteri Bottas bergambar selepas sesi kelayakan berakhir di Grand Prix Formula Satu Jerman, Hockenheim, Jerman, semalam. - AFP

HOCKEINHEIM - Pendahulu kejohanan Formula Satu, Nico Rosberg berjaya menduduki petak utama Grand Prix Jerman, sementara rakan sepasukannya di Mercedes, Lewis Hamilton mengalami kemalangan di pusingan kelayakan.

Rosberg yang menjadi pemandu harapan tuan rumah menamatkan pusingan kelayakan di Hockenheimring dengan catatan 1 minit, 16.540 saat, masa paling pantas pada pusingan kelayakan ketiga.

Dua pemandu Williams, Valtteri Bottas dan Felipe Massa menduduki tempat kedua serta ketiga, diikuti pemandu McLaren, Kevin Magnussen di kedudukan keempat, manakala Daniel Ricciardo dan Sebastian Vettel masing-masing di tangga kelima serta keenam.

Hamilton mendapat kemalangan pada pusingan kelayakan pertama sehingga memaksa penganjur menangguhkan perlumbaan sehingga tujuh minit selepas keretanya melanggar penghadang trek pada selekoh 13.

Mercedes dalam kenyataan rasminya berkata, kegagalan pada disk brek menjadi punca kemalangan berkenaan, namun Hamilton disahkan bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan akan memulakan perlumbaan daripada tempat ke-15, hari ini. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140720/sl_06/Petak-utama-milik-Rosberg#ixzz384gyHFck  © Utusan Melayu (M) Bhd


 

No comments: