Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

Suarez 100 peratus milik Barca


Luis Suarez

SEPANYOL - Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona mengesahkan, Luis Suarez kini 100 peratus milik mereka selepas melengkapkan perpindahan sensasi bernilai 75 juta pound (RM408.18 juta).

Suarez, 27, tiba di bandaraya Catalan itu kelmarin untuk menjalani ujian perubatan dan semalam, Ketua Pengarah Bola Sepak Barcelona, Andoni Zubizarreta mengesahkan pemain itu kini milik kelab berkenaan.

Walaupun masih menjalani penggantungan empat bulan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia, Barcelona tetap tidak sabar untuk mendapatkan penyerang Uruguay itu.

Zubizarreta kenyataan di Twitter rasmi kelab berkata: "Peguam kami menasihatkan agar berhati-hati terhadap apa yang kami mahu perkatakan mengenai Luis Suarez.

"Bagaimanapun, dia memang 100 peratus sudah menjadi pemain Barcelona."

Barcelona tidak dibenarkan membuat sebarang hebahan umum kepada peminat atau media melalui sidang akhbar memandangkan Suarez masih menjalani penggantungan.

Itu bermakna, Pemain Terbaik Liga England itu tidak boleh menjalani latihan bersama rakan-rakan baharunya di Camp Nou walaupun sudah melengkapkan perpindahan dari Liverpool.

Pemain berusia 27 tahun itu telah mengemukakan rayuan terhadap FIFA, termasuk membayar denda 66,000 pound (RM359,100) tetapi rayuannya ditolak.

Sementara itu, Liverpool memulakan hidup tanpa Suarez dengan kekalahan 1-2 kepada kelab Denmark, Brondby dalam perlawanan pertama pra-musim di Brondby, semalam.

Christian Norgaard meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan bebas pada babak pertama, sebelum pemain sayap Liverpool, Kristoffer Peterson menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua.

Ferhan Hasani mengesahkan kemenangan Brondby pada waktu kecederaan. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140718/sl_01/Suarez-100-peratus-milik-Barca#ixzz37mHtvthK  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: