Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

Kerajaan kutuk serangan MH17


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 18 Julai - Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dibuat terhadap pesawat Malaysia Airlines (MAS) sehingga mengorbankan sebanyak 298 nyawa tidak berdosa yang terdiri daripada 15 krew dan 283 penumpang termasuk tiga bayi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menyokong penuh supaya sebuah pasukan siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut.

“Kerajaan dan semua pihak melahirkan perasaan sangat simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam tragedi ini, ingatan dan doa kita sentiasa bersama keluarga mangsa yang sedang berhadapan dengan situasi sukar ini.

“Sebentar tadi pegawai dari Amerika Syarikat dan Ukraine telah memaklumkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh sekiranya, perkara ini disahkan ia telah melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan perbuatan yang kejam," katanya dalam sidang akhbar mengenai insiden MH17 di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengarah Operasi MAS, Izham Ismail.

Menurut Tiong Lai, Malaysia menggesa supaya pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan memberikan komitmen penuh dan bantuan kepada waris penumpang tersebut seperti termaktub di bawah peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Malaysia menawarkan untuk memberikan bantuan penuh kepada siasatan ini dan kita juga telah secara rasmi dipelawa untuk menyertai siasatan ini dan akan menghantar dua pegawai bertauliah untuk membantu.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia akan menghantar pasukan yang terdiri daripada 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART), 15 kakitangan perubatan, 10 wakil Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), lima kakitangan Malaysia Airlines (MAS) dan dua wakil daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Selain itu, beliau berkata, MAS akan menghantar 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi sokongan kepada waris dan keluarga penumpang.

“Senarai terkini penumpang mengikut kewargenaraan adalah 173 rakyat Belanda, 44 (Malaysia), 27 (Australia), 12 (Indonesia), sembilan (United Kingdom), masing-masing empat Jerman dan Belgium, tiga Filipina dan masing-masing satu Kanada dan New Zealand," katanya.

Mengenai senarai daftar nama penumpang pesawat tersebut, Tiong Lai berkata, senarai berkenaan akan didedahkan dalam masa terdekat selepas pihak MAS menghubungi semua waris mangsa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_23/Kerajaan-kutuk-serangan-MH17#ixzz383zQPDE4  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: