Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 21 July 2014

MH17 - Impian Shaikh Mohd. Noor tercapai

shaikh+mohd+noor.jpg

KLANG 18 Julai - Hasrat salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 supaya umat Islam di seluruh dunia menyedekahkan surah al-Fatihah kepadanya seperti mana dilakukan terhadap penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akhirnya menjadi kenyataan.

Shaikh Mohd. Noor Shaikh Mahmood, 44, pramugara pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak jatuh di Timur Ukraine semalam pernah menyatakan hasrat itu kepada adiknya iaitu Siti Nuraziah, 29.

Menurut Siti Nuraziah, abangnya itu menyimpan hasrat sedemikian kerana sedih dengan kehilangan ramai rakan setugas yang merupakan anak kapal pesawat MH370.

“Dia memberitahu, mangsa MH370 beruntung kerana satu dunia menghadiahkan al-Fatihah kepada mereka dan dia pun mahu seperti itu juga. Tidak sangka impiannya menjadi realiti," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia semasa menerima kunjungan Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin Md. Zin di rumah bapanya, Shaikh Mahmood Shaikh Abdul Rashid, 70, di Taman Chi Liung, Pandamaran, di sini hari ini.

Siti Nuraziah memberitahu, dia terdengar berita pesawat MH17 terhempas pada pukul 11.50 malam mula berasa tidak sedap hati lalu menghubungi kakak iparnya, Mardiani Mahdi, 42, untuk mendapat pengesahan.

“Sebaik sahaja kakak (Mardiani) memaklumkan suaminya (Shaikh Mohd. Noor) bertugas dalam pesawat MH17, saya terus meraung kesedihan.

“Kali terakhir saya bertemu abang pada Isnin lalu semasa berbuka puasa bersama keluarga. Ketika itu abang sangat berselera menjamah juadah berbuka puasa," katanya.

Menurut Siti Nuraziah, abangnya yang merupakan bapa kepada lima anak berusia dua hingga 13 tahun sebelum ini kurang makan nasi kerana berdiet tetapi pada hari itu, dia bersikap sebaliknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_18/Impian-Shaikh-Mohd-Noor-tercapai#ixzz383u6EcGk  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: