Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

MH17 - Wanita Australia hilang ahli keluarga nahas MH370, MH17


Dua ahli keluarga Rod Burrows, Jayden Burrows dan Kaylene Mann dalam satu sidang akhbar berkenaan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kelmarin. - AGENSI

SYDNEY 18 Julai - Seorang wanita warga Australia yang sebelum ini kehilangan abangnya dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 lebih empat bulan lalu, dilaporkan turut kehilangan anak tirinya dalam nahas terbaharu melibatkan pesawat MAS, MH17.

Menurut portal Daily Mail, abang kepada Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya, Mary Burrow merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Namun, hari ini, wanita itu mendapat tahu anak perempuan tirinya, Maree Rizk, pula merupakan antara 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

“Pesawat itu membawa semua orang pergi selama-lamanya dan kejadian ini telah merentap hati kami sekali lagi," kata abang kepada Mann, Greg Burrows.

Burrows berkata, keluarganya cuba memahami bagaimana mereka boleh terperangkap dalam dua situasi yang hampir sama dengan melibatkan syarikat penerbangan yang sama.

“Dia baru sahaja kehilangan abangnya dan kini anak tirinya pula," katanya.

Walaupun terpaksa berdepan dengan dua tragedi dalam masa terdekat, Burrow berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap MAS.

“Tiada siapa boleh meramalkan pesawat itu akan ditembak jatuh. Perkara itu di luar kawalan kita," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak Sunbury, Phil Lithgow berkata, Rizk dan suaminya, Albert dalam perjalanan pulang ke Melbourne selepas bercuti selama empat minggu di Eropah.

Katanya, Albert yang merupakan seorang ejen hartanah adalah ahli jawatankuasa kelab dan Maree merupakan sukarelawan di kantin kelab tersebut manakala anak mereka, James bermain untuk kelab berkenaan.

“Mereka adalah rakyat yang baik. Anda tidak akan mendengar sebarang kata-kata buruk tentang mereka. Mereka sangat murah hati kepada masyarakat setempat dan selalu menghiburkan orang lain," katanya.

Menurut beliau, ahli-ahli kelab merancang untuk memakai ‘kain lilit lengan’ hitam dan berdiri selama satu minit bertafakur bagi menghormati keluarga Rizk dalam sebuah perlawanan yang akan diadakan esok.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_22/Wanita-Australia-hilang-ahli-keluarga-nahas-MH370-MH17#ixzz383yEmqds  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: