Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

PIALA MALAYSIA - Sime Darby mahu perkukuh serangan


Mateo Roskam

KUALA LUMPUR - Mempertajamkan jentera serangan akan menjadi antara tumpuan utama The Giant Killers pada kempen Piala Malaysia 2014 dalam usaha memastikan sasaran ke separuh akhir tercapai.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, pasukannya kini mempunyai barisan pemain yang bebas daripada kecederaan sekali gus membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk memulakan saingan musim ini dalam saingan Kumpulan D.

"Pada Piala Malaysia tahun lepas ada beberapa pemain kita yang mengalami kecederaan seperti penyerang Mateo Roskam.

"Namun kali ini semua nampak berjalan lancar dan kita memiliki kekuatan penuh bagi memastikan cabaran dapat diberikan kepada pasukan lain.

"Sandaran utama saya kini adalah kepada penyerang Mateo kerana jika dia dapat beraksi dengan baik maka tidak akan menjadi masalah untuk Sime Darby melepasi saingan peringkat kumpulan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia kali ini Sime Darby diundi bersama naib juara Liga Super, Selangor, juara Liga Perdana, PDRM dan T-Team.

Pada aksi 2013, Sime Darby sekadar ke suku akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Sarawak.

Sementara itu, Ismail berkata, saingan dalam Kumpulan D dilihat amat mencabar buat pasukannya dan berharap Sime Darby dapat mengelak daripada melakukan kesilapan mudah terutama pada jentera pertahanan.

"Buat masa ini saya masih lagi puas hati dengan pertahanan pasukan dan saya lihat pemain juga semakin bersemangat untuk memulakan aksi Piala Malaysia.

"Dua pemain pertahanan kami iaitu Juzaili Samion dan William Mensah ketika ini bebas daripada sebarang kecederaan malah prestasi mereka berada di tahap yang terbaik," kata Ismail.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140717/su_05/Sime-Darby-mahu-perkukuh-serangan#ixzz37msGf9IN  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: