Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

F1 - FIFA tak benarkan Rosberg guna gambar Piala Dunia pada topi keledar




HOCKENHEIM - Pendahulu perlumbaan Formula Satu, Nico Rosberg melupakan hasratnya untuk meletakkan gambar trofi Piala Dunia pada topi keledarnya ketika Grand Prix Jerman selepas mendapat bantahan daripada FIFA.

Pemandu Jerman itu mahu memperingati kemenangan Piala Dunia negaranya dengan memakai topi keledar yang direka khas dan memaparkan warna-warna negaranya.

Tetapi FIFA telah membantah dan mengatakan bahawa meletakkan gambar piala kejohanan tersebut adalah melanggar hak “harta intelek".

“Kami menghargai keinginan Nico Rosberg untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Jerman, dan (FIFA) telah jumpa satu penyelesaian di mana dia masih boleh menunjukkan sokongan terhadap negaranya tanpa menggunakan harta intelek FIFA.

“Barangan jenama FIFA tidak boleh ditunjukkan secara komersial pada topi keledar berjenama," kata FIFA dalam satu kenyataan.

Rosberg sebaliknya akan berlumba dengan topi keledar diubah suai yang memaparkan empat bintang, setiap satu mewakili kemenangan Jerman dalam Piala Dunia.

“Adalah menakjubkan apabila sebuah trofi pun boleh menjadi cap perdagangan.

“Saya terkejut, tetapi semestinya saya faham. Amat rugi kerana topi keledar itu nampak sungguh cantik bersama gambar piala itu. Ia pula ditukarkan kepada bintang yang besar. Tiada siapa boleh mengambilnya. Bintang itu milik kami!," katanya.

Pada awalnya, pemandu tersebut menulis di akaun Twitter: “Memalukan, saya teringin sangat untuk membawa piala itu bersama saya demi penghormatan terhadap mereka (pasukan Jerman). Tetapi saya hormat dengan undang-undang."

Pasukan Rosberg, Mercedes, juga menunjukkan penghargaan untuk kemenangan bola sepak di grand prix tuan rumah Jerman. Ayat “Yang terbaik" telah ditulis dengan huruf yang besar pada motorhome pasukan tersebut, dan “Kami mengucapkan tahniah kepada pasukan negara yang memenangi gelaran (juara dunia)."

Rosberg mendahului kejohanan tersebut, berada empat mata di hadapan rakan sepasukan Lewis Hamilton di tempat kedua. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140719/sl_02/FIFA-tak-benarkan-Rosberg-guna-gambar-Piala-Dunia-pada-topi-keledar#ixzz384GJQznT  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: