Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

PIALA MALAYSIA - JDT II bukan pasukan pengacau


Pasukan Johor Darul Ta'zim II meraikan kejayaan mereka ketika menewaskan PKNS pada playoff Piala Malaysia.

KUALA LUMPUR - Kami bukan pasukan pengacau. Itu tegas pengendali Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Azmi Mohamad sambil menyifatkan pasukannya mampu bersaing dan seterusnya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

Meskipun diundi bersama juara bertahan dan juara Piala FA, Pahang; juara Liga Super 2013, Lions XII dan Felda United, namun ia tidak menjejaskan semangat juang Harimau Selatan yang kebanyakannya terdiri dari kalangan pemain muda.

Walaupun JDT II dilihat bukan sebagai pencabar utama dalam saingan kali ini, namun Azmi percaya anak-anak buahnya mampu melakarkan kejutan ke atas pasukan-pasukan pilihan.

"Kalau berdasarkan kepada pencapaian 16 pasukan yang bersaing, kami merupakan pasukan yang paling kerdil sesiapa pun tidak akan berasa gentar untuk bertemu pasukan JDT II tetapi kami berpotensi untuk melakukan kejutan.

"Kami bukan pasukan pengacau dalam saingan kali ini dan kami mahu menggunakannya sebagai medan untuk para pemain meningkatkan kemahiran individu seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) ialah sekurang-kurangnya layak ke Piala Malaysia dan sekiranya berjaya ke suku akhir ia dikira bonus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

JDT II yang layak melalui playoff apabila menewaskan PKNS pasti mahu membuktikan kehadiran di Piala Malaysia bukan dibantu atas faktor nasib semata-mata selain mahu mencuri perhatian peminat bola sepak Johor yang pasti banyak tertumpu kepada JDT selepas memenangi Liga Super.

Dalam pada itu Azmi memberitahu, ketiadaan tonggak import, Braulio Nobrega Rodriguez dalam beberapa perlawanan sebelum ini tidak menjejaskan persembahan pasukannya kerana pemain-pemain muda di dalam skuad itu berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Katanya, antara pemain yang cemerlang termasuk pemain tengah, Mohd. Hasbullah Abu Bakar; pemain sayap, Mohd. Shahrudin Yakub dan Mohd. Alif Mohd. Yusof serta penyerang mereka, Mohd. Nursalam Zainal Abidin dan Mohd. Aznie Taib.

"Zaquan (Adha Abdul Razak) juga sudah mula beraksi selain berjaya menjaringkan gol ketika playoff Piala Malaysia dan ia merupakan perkara yang baik meskipun belum cergas sepenuhnya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140717/su_04/JDT-II-bukan-pasukan-pengacau#ixzz37mqnnn8c  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: