Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

MH17 - Siapa dalang jadi persoalan


IMEJ fail yang dirakamkan pada 9 Mei 2013 menunjukkan sebuah kenderaan perisai pelancar sistem pertahanan udara Buk-2M sewaktu perarakan Victory Day di Dataran Merah, Moscow, Rusia. - AFP

KIEV 19 Julai - Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh peluru berpandu di Grabove, timur Ukraine terus mencetuskan persoalan tentang siapakah pihak sebenar yang bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang serta anak kapal terlibat.

Kumpulan pemberontak pro-Rusia yang menguasai timur negara ini, dipercayai menjadi dalang utama insiden tersebut apabila Amerika Syarikat dalam satu sesi luar biasa memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pihaknya percaya Rusia bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Presidennya, Barack Obama pula walaupun secara terus enggan menyalahkan Moscow, beliau menyatakan Rusia bertanggungjawab terhadap situasi bergolak di timur Ukraine yang membawa kepada insiden tersebut.

Ukraine dalam pada itu, hari ini mendakwa, Moscow cuba membantu kumpulan pemberontak pro-Rusia memusnahkan bukti di lokasi pesawat MH17 terhempas.

Menurut laporan portal berita hindustantimes.com yang memetik kenyataan kerajaan Ukraine, 38 mayat yang dikumpulkan oleh kumpulan pemberontak telah dibawa ke rumah mayat di bandar Donetsk yang dikuasai pemberontak untuk proses bedah siasat.

Jelas laporan berkenaan, kumpulan pemberontak turut menghalang pasukan penyiasat Ukraine dan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) memasuki lokasi kejadian selain mencari lori untuk membawa serpihan pesawat ke Rusia.

Wakil syarikat penerbangan antarabangsa, media dan penyiasat juga dikatakan menghadapi kesukaran dan perjalanan yang mencabar untuk tiba di lokasi kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh jatuh.

Portal berita The Sydney Morning Herald memetik kenyataan seorang wartawan bebas Filip Warwick yang menyatakan, walaupun Ukraine menjemput wakil-wakil penerbangan antarabangsa untuk membantu siasatan insiden MH17, perjalanan ke lokasi kejadian adalah sesuatu yang sangat mencabar.

"Mereka boleh tiba ke Kiev dengan mudah, namun untuk membawa kesemua mereka ke lokasi sebenar kejadian adalah suatu perkara lain," katanya.

Sebahagian orang awam dan anggota kumpulan pemberontak pro-Rusia dilaporkan telah memasuki kawasan bencana itu tanpa sekatan sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa bukti nahas di kawasan kejadian mungkin dicemari.

"Wartawan, penyiasat serta wakil syarikat penerbangan terpaksa melalui enam hingga tujuh pusat pemeriksaan kumpulan pro-Rusia untuk ke Donetsk," katanya.

Dalam pada itu, seorang krew agensi berita AFP melaporkan, wartawan tidak dibenarkan memasuki kawasan insiden dan kumpulan pemberontak terbabit melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran. - AFP/REUTERS/AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140720/dn_03/Siapa-dalang-jadi-persoalan#ixzz384JxJU61  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: