Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

MH17 - KENAPA MAS DAN MALAYSIA?




MAS sahkan gagal hubungi pesawat MH17

Oleh TERMIZI CHE ANUAR dan SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat MH17 milik MAS.

Perdana Menteri dalam Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri HIshammuddin Tun Hussein memberitahu, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya dalam laman Twitter malam ini. - UTUSAN ONLINE


Najib hadir taklimat mengenai tragedi MH17 di KLIA

SEPANG 18 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Penerbangan Malaysia (MAS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada pukul 1.20 pagi ini.

Beliau sedang menghadiri taklimat mengenai insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.

Menurut sumber, sidang akhbar mengenai kejadian yang mengejutkan dunia penerbangan itu dijangka akan pada pukul 4 pagi hari ini. - UTUSAN ONLINE


Waris penumpang MH17 mula tiba di KLIA

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebahagian ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine semalam, mulai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN ONLINE


Najib sahkan pesawat MAS MH17 terhempas

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan HAKIMI ISMAIL

SEPANG 18 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat yang terhempas di Ukraine adalah milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Beliau berkata, sekiranya benar pesawat berkenaan didapati ditembak jatuh, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Katanya, beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menghubunginya untuk menyatakan sokongan dalam hal tersebut.

"Malaysia dan AS juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan siasatan antarabangsa dan bersetuju untuk tidak menyembunyikan sebarang hasil siasatan.

"Sekiranya betul pesawat berkenaan di tembak jatuh, mana-mana pihak tidak dibenarkan mengalihkan bangkai pesawat termasuk kotak hitam," katanya dalam sidang akhbar pada pukul 4.30 pagi tadi di Hotel Sama-Sama di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140718/dn_29/Najib-sahkan-pesawat-MAS-MH17-terhempas#ixzz37m28Bx6k  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Waris MH17 diberi taklimat di Marriot Putrajaya

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

SEPANG 18 Julai - Ahli Keluarga penumpang pesawat MH17 akan diberikan taklimat di Hotel Marriot Putrajaya mengenai perkembangan lanjut berhubung nahas tersebut.

‎Perkara itu dimaklumkan oleh pihak MAS kepada Mat Salim Sahmor yang merupakan bapa Mohd. Ali, iaitu salah seorang penumpang ‎pesawat MH17.

Menurut Mat Salim, beliau tidak dimaklumkan waktu taklimat tersebut cuma hanya dimaklumkan lokasi itu. - UTUSAN ONLINE









No comments: