Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 21 July 2014

MH17 - Sahur mengejutkan ahli keluarga - Zurusdi


TAMBI Giee dan Ariza Razali bersama anak-anak adalah antara mangsa yang terbunuh dalam nahas MH17 setelah ditembak jatuh di Ukraine.

PUTRAJAYA 19 Julai - Zurusdi Mohd. Hol, 46, sedang bersahur di rumahnya dekat sini kira-kira pukul 4.30 pagi ini sambil menonton sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemalangan yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Saat itu, dia mula rasa terkejut kerana tidak menyangka satu lagi insiden membabitkan pesawat MAS akan berlaku dengan jumlah mangsa terbunuh seramai 295 orang melebihi 239 membabitkan pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, perkara yang paling merisaukannya adalah apabila teringatkan sepupunya, Ariza Razali, 46, yang tinggal di Kazakhstan dan merancang untuk pulang ke Malaysia bersama suami dan empat anak mereka yang menaiki penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kerisauan tersebut akhirnya terjawab dan menjadi episod sedih buat Zurusdi dan keluarganya apabila dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan empat saudaranya itu adalah antara mangsa yang terbunuh.

"Masa sahur saya tertanya-tanya, sidang media itu pasal MH370 atau MH17 sebab saya tidak tahu apa yang terjadi sebelum itu sehinggalah kakak saya telefon.

"Saya sangat sedih. Saya dan Ariza sebaya dan membesar bersama sejak kecil di Petrajaya, Kuching, hubungan kami terlalu rapat seperti adik beradik," katanya ketika ditemui di lobi Hotel Marriott di sini semalam.

Menurutnya, Ariza tinggal di Kazakhstan sejak tiga tahun lalu kerana mengikuti suaminya, Tambi Giee, 49, yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak, Shell.

Katanya, pasangan tersebut terkorban bersama empat anak mereka yang berumur antara 13 hingga 19 tahun dalam nahas tersebut.

Zurusdi berkata, tragedi itu memberi kesan kepada diri dan keluarganya terutama kenangan terakhir bersama keluarga berkenaan pada Mac lalu ketika mereka datang dari Kazakhstan untuk melawat ibunya yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mereka datang untuk melawat ibu saya sebelum dia meninggal dunia dan saya amat menghargai kehadiran mereka sekeluarga.

"Kami sekeluarga menerima kejadian ini sebagai takdir Allah SWT dan amat berharap jika jenazah kesemua mereka dapat dibawa ke Malaysia untuk dikebumikan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140720/dn_12/Sahur-mengejutkan-ahli-keluarga---Zurusdi#ixzz384TUFxwa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: