Oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: "Kali terakhir suami menghubungi saya kira-kira 4.40 petang tadi (semalam) memberitahu dia sedang menaiki pesawat dari Amsterdam ke KLIA.
"Dia sempat berpesan see you tomorrow (jumpa esok) kepada saya dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.10," kata Mariam Yusof, isteri kepada kapten pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapat berita pesawat yang membawa 295 penumpang itu terhempas melalui berita di televisyen.
"Maaf saya masih terkejut," katanya enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan insiden berkenaan.
SERPIHAN pesawat MH17 yang ditemui di lokasi terhempas. FOTO Reuters
Wan Amran mula berkhidmat di MAS sejak 1999.
No comments:
Post a Comment