MUSTAFA Ab. Samad menunjukkan gambar terbaharu Mastura Mustafa yang terkorban apabila pesawat MAS MH17 terhempas di Timur Ukraine ketika ditemui di Kampung Sentosa Paroi, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD Yahya
SEREMBAN 18 Julai - Ketua Pramugari Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mastura Mustafa, 40, sempat membelikan bapanya juadah berbuka puasa pada petang Selasa lalu sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda.
Mustafa Ab. Samad, 83, berkata, anak bongsunya itu juga sempat meminta maaf atas semua salah silap dan bersalaman sambil mencium tangan sebelum suaminya menghantar dia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.
Katanya, Mastura juga tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tanda pelik sebelum berangkat ke tempat kerja.
Saya dapat tahu mengenai kejadian ini selepas salah seorang jiran datang ke rumah memaklumkan ada berita disebarkan dalam internet yang mengatakan pesawat MAS terhempas.
Ketika itu pukul 8 pagi dan tidak lama selepas itu pula dikhabarkan Mastura turut berada dalam penerbangan itu," katanya dengan tenang ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sentosa, Paroi, dekat sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_17/Mastura-sempat-belikan-bapa-juadah-berbuka#ixzz383scnan9 © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment