RIO DE JANEIRO - Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) semalam mengumumkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontrak jurulatih, Luiz Felipe Scolari.
Perkara tersebut didedahkan oleh media tempatan beberapa jam selepas Jerman berjaya menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014.
Sebelum ini Scolari memberitahu dia menyerahkan kepada CBF untuk menentukan nasibnya bersama skuad Brazil selepas tewas kepada Belanda dalam perlawanan merebut tempat ketiga pada Sabtu lalu.
Sebelum itu, mereka dimalukan Jerman dengan kekalahan 7-1 di separuh akhir Selasa lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment