Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

MH17 - Zon selamat diwujudkan


ANGGOTA Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertafakur sebagai memperingati mangsa nahas pesawat MH17 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, kelmarin. Pemimpin dunia mendesak siasatan antarabangsa ke atas nahas di timur Ukraine yang bersempadan dengan Rusia tersebut.- REUTERS

KUALA LUMPUR 19 Julai - Kerajaan Ukraine dan puak pemi­sah telah bersetuju mewujudkan zon selamat sekitar kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Pe­nerbangan MH17 terhempas iaitu di wilayah Donetsk di bahagian timur negara itu yang terletak dekat sempadan Rusia.

Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Ihor V. Humenyyi (gambar) berkata, pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah - yang kini menguasai wilayah itu - bersetuju bahawa tiada pertempuran dibenarkan di kawasan seluas 400 kilometer persegi (20km x 20km) tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang mengambil segala langkah demi menjamin keselamatan pasukan antarabangsa yang masuk ke kawasan itu, terutama pasukan penyiasat dari Malaysia.

"Saya yakin setiap langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan pasukan itu," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv, yang terletak beberapa ratus kilometer di luar kawasan itu, demi keselamatan dan bagi membolehkan mereka menunggu hasil operasi mencari.

Penerbangan MH17, membawa 298 orang, termasuk 15 kru dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bila ia dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah Donetsk.

Pesawat itu meninggalkan Amsterdam pada Khamis 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pada awal Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh.

Malaysia akan berusaha menyiasat punca sebenar pesawat terhempas.

Pasukan penyiasat khas Malaysia terdiri daripada 131 pegawai dari pelbagai agensi kerajaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di Ukraine pada Sabtu.

Humenyyi berkata, selain pasukan Ukraine dan Malaysia, terdapat juga wakil dari Interpol dan badan penerbangan termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam antarabangsa (ICAO), menuju ke kawasan terhempas bagi menjalankan siasatan.

Menjelaskan lebih banjut, beliau berkata kakitangan dari Kementerian Situasai Darurat Ukraine de­ngan teknologi, teknik dan pengalaman khas akan membantu pasukan antarabangsa dalam tugas mereka.

Memandangkan kawasan itu berada dalam daerah bergolak, duta itu menasihatkan pasukan berke­naan meninggalkan tempat itu secepat mungkin, sebaik saja mereka selesai dengan tugas.

"Tidak perlu berada lama di sana. Ambil apa yang mungkin dan bawa ke makmal atau tempat khas untuk siasat," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140720/dn_06/Zon-selamat-diwujudkan#ixzz384MUIl8u  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: