Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

Palestin: Hamas hargai Malaysia

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak berhubung dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menerusi telefon bagi menyampaikan rasa simpati yang amat sangat dari semua kaum di Malaysia yang terasa dengan penderitaan rakyat Palestin dan menyatakan kesediaan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan makanan dan perubatan ke Gaza ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Ulama dan NGO Islam di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi. Turut sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri). - BERNAMA

PUTRAJAYA 15 Julai - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal menghargai pendirian tegas kerajaan Malaysia serta rasa simpati rakyat negara ini terhadap penderitaan rakyat Palestin ekoran kekejaman rejim Zionis dalam satu perbualan telefon dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, dalam perbualan tersebut kerajaan Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin selain mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera rejim itu yang sehingga kini telah mengorbankan ramai orang awam tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Dalam masa yang sama menurut Najib, Malaysia juga telah membuat saranan terbuka kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya kedua-dua badan itu mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan serangan serta kekejaman Israel ke atas rakyat Pelestin.

"Malaysia telah membuat saranan secara terbuka supaya PBB dan OIC supaya membuat sesuatu dan kita akan terus melakukannya melalui saluran diplomatik supaya kedua-dua organisasi ini dapat bertindak," katanya dalam sidang akhbar di Seri Perdana di sini hari ini.

Dalam pada itu, menjawab satu soalan Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus memainkan peranannya untuk membantu rakyat Palestin yang kini menjadi kekejaman rejim Zionis.

Berhubung misi kemanusiaan ke Palestin beliau berkata, persediaan rapi kini dijalankan oleh Biro Kebajikan UMNO yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Khaled Meshaal

Perdana Menteri berkata, dijangka bantuan kemanusiaan itu yang berupa bekalan makanan, ubat-ubatan, sepasukan doktor termasuk pakar bedah ortopedik dapat dihantar dalam tempoh dua minggu ini namun bergantung kepada kebenaran kerajaan Mesir membuka laluan Rafah untuk ke Gaza.

"Tidak tahu lagi tetapi ini anggaran kasar kita. Secara spesifik kita tidak tahu bila kita boleh diberi kebenaran (untuk ke Gaza) tapi saya minta Abdul Azeez membuat persediaan.

"Kita amat berharap masa dalam masa dua minggu misi bantuan kemanusiaan ini boleh dilakukan," ujarnya.

Ditanya mengenai beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut mengambil inisiatif membantu rakyat Palestin, Najib berkata, usaha tersebut amat digalakkan tetapi perlu juga kepada satu bentuk penyelarasan iaitu melalui Biro Kebajikan UMNO.

"Mereka akan melakukan misi ke sana dengan membawa bantuan-bantuan dan sekiranya ada NGO yang mahu turut membantu, mereka boleh berdaftar dengan Biro kebajikan UMNO," katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau telah menghubungi mana-mana pemimpin dunia lain berhubung isu Palestin, Najib berkata;

"Belum lagi, saya akan tengok perkembangan selanjutnya."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140716/dn_02/Palestin-Hamas-hargai-Malaysia#ixzz37mO43BbF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: