Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

44 rakyat Malaysia dalam MH17



Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan seramai 44 rakyat Malaysia daripada keseluruhan 298 penumpang dan krew berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine semalam selepas dipercayai ditembak jatuh.

Menurut MAS dalam satu kenya­taan, 44 rakyat Malaysia itu terdiri daripada 15 krew penerbangan dan 29 penumpang termasuk dua bayi.

Menurutnya, penumpang lain turut berada dalam pesawat dari Amsterdam, Belanda yang berlepas pada pukul 12.15 waktu tempatan itu adalah warganegara Belanda (189), Australia (27), Indonesia (12 penumpang termasuk seorang bayi), United Kingdom (sembilan), Jerman (empat), Belgium (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand seorang penumpang.

“Pesawat ini membawa seramai 298 penumpang yang terdiri daripada 283 penumpang termasuk tiga bayi dan 15 krew pelbagai warganegara, namun sehingga kini seramai 4 penumpang masih belum dapat dikenal pasti taraf warganegaranya.

“Pihak kami sekarang dalam proses untuk memaklumkan kepada waris penumpang dan krew terbabit. Fokus kami sekarang untuk bekerjasama dengan pihak berkenaan bagi menggerakkan bantuan yang sewajarnya kepada waris terbabit," katanya di sini hari ini.

Menurut MAS, berikutan itu, pihaknya menggerakkan sebuah pasukan Go Team ke Amsterdam yang terdiri daripada kumpulan penjaga dan sukarelawan bagi memberi bantuan kepada keluarga penumpang terbabit.

Dalam pada itu, MAS turut mengesahkan juruterbang pesawat tersebut tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum pesawat itu terhempas.

Tambahnya, berkuat kuasa serta-merta juga, MAS mengubah laluan asal bagi semua penerbangannya di Eropah dengan menggunakan laluan alternatif lain.

Menurut MAS, penukaran laluan tersebut berhubung kait dengan insiden malang dialami pesawat MH17 semalam.

Katanya, laluan asal yang digunakan itu juga telah disahkan selamat sebelum ini oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa ruang udara laluan itu merupakan zon larangan terbang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_13/44-rakyat-Malaysia-dalam-MH17#ixzz383pX115k  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: