Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

AS percaya SAM tembak MH17



WASHINGTON 18 Julai - Perisikan Amerika Syarikat (AS) percayai peluru berpandu darat ke udara (SAM) merupakan senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, semalam.

Bagaimanapun, pegawai pentadbiran AS masih belum dapat mengesahkan siapa yang bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Pegawai itu yang enggan dikenali berkata, berdasarkan penilaian maklumat risikan, kumpulan pemberontak pro-Rusia atau kerajaan Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut dan bukan kerajaan Ukraine.

AS mempunyai teknologi sofistikated yang mampu mengesan pelancaran peluru berpandu termasuk mengenal pasti haba daripada enjin roket.

Dalam pada itu, akhbar The Guardian melaporkan pakar pertahanan yang berpangkalan di negara-negara Barat berkata, pesawat MH17 mungkin ditembak jatuh oleh kenderaan pelancar yang membawa sistem peluru berpandu Buk buatan Rusia.

Pakar mengenai tentera Rusia dari Institut Perkhidmatan Diraja London, Igor Sutyagin percaya keadaan itu berlaku kerana kumpulan pemberontak tersebut dikatakan menembak jatuh kapal terbang dan helikopter dengan peluru berpandu Buk sejak minggu lepas dalam cubaan mengawal ruang angkasa di timur Ukraine.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan pemisah itu tidak mempunyai kepakaran untuk melancarkan sistem Buk tersebut dan mendapatkan kepakaran itu dari Rusia atau pakar tempatan.

Sutyagin yang memantau media sosial di Ukraine berkata, kumpulan pemberontak dilihat membawa sistem Buk itu di Torez, kampung berdekatan lokasi di mana pesawat MH17 ditembak jatuh, beberapa jam sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang membawa tentera bantuan, melalui kawasan berkenaan pada masa peluru berpandu dilancarkan ke atas pesawat MH17, mencadangkan pesawat Ukraine itu mungkin adalah sasaran sebenar mereka. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_11/AS-percaya-SAM-tembak-MH17#ixzz383oeZnAy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: