Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

PALESTIN - Angka korban 337 orang



SEORANG ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika mendukung jenazah Haniyeh Abu Jarad, 3, yang terbunuh bersama ayah dan enam lagi anggota keluarganya dalam serangan kereta kebal Israel di Beit Lahiya, utara Genting Gaza, semalam. - REUTERS

GAZA CITY 19 Julai - Hanya sehari selepas tentera Israel melancarkan serangan darat secara besar-besaran di Genting Gaza, seramai 77 orang dilaporkan terbunuh di seluruh wilayah itu, sekali gus meningkatkan jumlah korban kepada 337 orang hari ini.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh sepanjang 12 hari konflik itu merupakan wanita dan kanak-kanak, manakala 2,385 penduduk lagi cedera akibat terkena bedilan tentera udara, darat dan laut Israel.

Ashraf berkata, serangan Israel hari ini sahaja meragut sebanyak 29 nyawa termasuk seorang wanita yang maut dibedil tentera Zionis ketika berada di luar sebuah masjid di bandar Khan Younis, selatan Gaza.

"Bedilan Israel di Beit Hanun mengorbankan lima sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berumur enam dan dua tahun.



Beberapa buah kereta kebal Israel bergerak ke kawasan utara Genting Gaza ketika rejim Zionis memperhebatkan serangan darat ke atas wilayah Palestin, semalam. - AGENSI

"Empat lelaki turut maut dalam dua serangan berasingan di Beit Lahiya," katanya.

Jelas Ashraf, seorang lagi mangsa terkorban di daerah Qarara, selatan Khan Younis, sementara tiga lagi lelaki terbunuh di tengah Gaza.

Tentera Israel memperhebatkan serangan darat apabila bergerak lebih jauh ke dalam wilayah Gaza, sekali gus mengundang amaran daripada sekutu rapat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tentang peningkatan kematian dalam kalangan orang awam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dijadual tiba ke Asia Barat untuk membantu menamatkan konflik di rantau ini.

Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Jeffrey Feltman berkata, buat masa ini gencatan senjata antara Hamas dan Israel perlu dilaksanakan dengan segera tetapi penyelesaian jangka panjang hanya boleh dicapai melalui pembentukan dua negara melalui bantuan masyarakat antarabangsa.

Jelasnya, Ki-moon dijangka melawat Palestin dan Hamas untuk menunjukkan semangat perpaduan antara kedua-dua pihak tetapi beliau mungkin tidak mengunjungi Gaza atas faktor keselamatan.

Sementara itu, Mesir menegaskan tidak akan mengkaji semula pelan gencatan senjata untuk menamatkan peperangan di Genting Gaza selepas Hamas menolak usul berkenaan.

- AGENSI/AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_04/Angka-korban-337-orang#ixzz384ZPeWkx  © Utusan Melayu (M) Bhd

 


No comments: