Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

Bukti ada segelintir pemimpin Pas belakangkan raja-raja Melayu


Mohamed Nabi Bux

PULAU PINANG 17 Julai - Tindakan Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuktikan wujud segelintir pemimpin parti itu yang membelakangkan institusi raja-raja Melayu.

Ahli Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar berkata, perbuatan itu yang boleh disifatkan seolah-olah mengkhianati agama Islam dilakukan kerana terlalu taksub untuk bersahabat dengan DAP.

"Sesiapa pun mengetahui Sultan merupakan ketua agama Islam dan perbuatan yang mengundang kemurkaan baginda apatah lagi dalam isu berkaitan agama jelas tidak boleh diterima.

"Dalam keadaan ini, Khalid tidak boleh bertangguh-tangguh menghadap Sultan Selangor dan memohon maaf. Jika tidak, dia sewajarnya dibuang daerah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Nabi Bux yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini mengulas mengenai kemurkaan Sultan Selangor terhadap Khalid apabila menyifatkan tindakan mempersoal kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai perbuatan biadab selain penentangan terhadap baginda selaku ketua agama Islam negeri.

Dalam masa sama, beliau menyarankan Khalid bertaubat atau setidak-tidaknya memohon maaf kepada seluruh umat Islam jika benar mempunyai niat mahu mengizinkan penggunaan kalimah Allah dalam cetakan Bible versi bahasa Melayu.

Katanya, Khalid tidak mempunyai hak untuk memberi keizinan bagi penggunaan kalimah Allah tersebut kerana jelas tidak menghormati peranan dan tanggungjawab Sultan sebagai ketua agama Islam negeri.

"Kita kesal kerana terdapat pemimpin Pas yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin DAP sebagai khalifah.

"Tanpa disedari, tindakan mereka itu memperlekeh agama Islam dan institusi Melayu termasuk raja-raja Melayu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140718/po_02/Bukti-ada-segelintir-pemimpin-Pas-belakangkan-raja-raja-Melayu#ixzz37mDurEYE  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: