Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 July 2014

JAIP tahan 36 pengikut Syiah

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada penganut ajaran Syiah (berjubah) yang ditahan dalam serbuan JAIP ke atas sebuah rumah di Mentakab, Pahang, pagi semalam.

KUANTAN 20 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan 36 individu termasuk tiga kanak-kanak serta seorang bayi dipercayai pengikut ajaran Syiah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Mentakab, Temerloh, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, serbuan pada pukul 3 pagi itu dilakukan pasukan penguat kuasa JAIP selepas mendapat aduan daripada orang awam berikutan berlaku penyelewengan agama di rumah itu.

"Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia iaitu 19 lelaki, 13 wanita dan tiga orang kanak-kanak serta seorang bayi ditahan ketika bersama-sama berada di dalam satu kumpulan dipercayai cuba mengamalkan ajaran Syiah Bukhara yang berasal dari India.

"Siasatan awal mendapati pemilik rumah mengakui telah mengamalkan Syiah Bukhara tetapi tidak berdakwah dan hanya mengamalkannya dalam kalangan saudara-mara terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mohamad Nor, siasatan dan pemeriksaan awal mendapati mereka cuba melanggar fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan ahli Sunnah termasuk penemuan beberapa buku, zikir dan dokumen berkaitan Syiah.

"Siasatan dilakukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 iaitu menyalahi fatwa, Seksyen 17 meiliki dokumen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan Seksyen 18 memiliki buku, majalah dan lain-lain di dalam kawalan dan simpanan.

" Jika sabit kesalahan ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman yang sama iaitu boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Tambah Mohamad Noor, mereka diarahkan hadir ke Pejabat Kadi Daerah Temerloh Rabu ini bagi membantu siasatan selepas dibebaskan hari ini selepas diambil ke­terangan masing-masing.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140721/je_01/JAIP-tahan-36-pengikut-Syiah#ixzz384r5dlRo  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: