Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 July 2014

Akibat fahaman politik, umat Islam Malaysia lemah

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

DR. MAHATHIR Mohamad bermesra dengan Mukhriz Tun Mahathir sambil diperhatikan oleh Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Norzieta Zakaria (dua, kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat, Isteri Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kedah (Bidara) di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 15 Julai - Biar pun 'ditakdirkan' menjadi golongan majoriti di negara ini, umat Melayu Islam di Malaysia perlu mengakui betapa golongan itu sebenarnya dalam keadaan lemah sehingga terpaksa meminta-minta daripada orang lain dalam banyak perkara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu berlaku disebabkan perpecahan sesama sendiri selain sikap tamakkan kuasa sehingga masing-masing menolak seruan penyatuan seperti disarankan Islam.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila sesetengah pihak berpendapat perbuatan mereka mengkafirkan umat Islam lain diredai agama suci itu semata-mata kerana hanya mahu menghalalkan permusuhan sesama sendiri.

"Umat Islam di Malaysia ini semuanya Sunni dan mengikut mazhab Syafie. Tetapi apabila sistem demokrasi diperkenalkan untuk mendapatkan kuasa, kita seakan terlupa persamaan itu sehingga sanggup menyalahgunakan agama dan bermusuh sesama sendiri.

"Akhirnya ada yang menuduh orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka itu sebagai murtad dan kafir. Apabila diajak bersatu padu, mereka lebih rela untuk bersaudara dengan pihak yang jelas bermusuh dengan Islam daripada bersaudara dengan umat Islam yang dikafirkan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 700 hadirin yang menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat, Isteri Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kedah (Bidara) di Dewan Seri Mentaloon di sini malam tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Yang Dipertua Bidara, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Dr. Mahathir menambah, meskipun keadaan itu tidak seburuk pertelingkahan umat Islam di Syria, Iraq dan Mesir, namun umat Islam di negara ini harus mula berfikir secara mendalam mengenainya bagi mengelakkan keadaan lebih buruk.

"Adakah patut kita melupakan nikmat yang Allah berikan kepada negara ini? Perlu diingat yang membezakan kita hanyalah fahaman politik tetapi perkara itu seakan merasuk jiwa kita sehingga kita melebihkan politik berbanding agama kerana tamak mengejar jawatan dan kuasa," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140716/dn_03/Akibat-fahaman-politik-umat-Islam-Malaysia-lemah#ixzz37mQFYiF8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: