RIO DE JANEIRO - Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez membandingkan James Rodriguez dengan Diego Maradona selepas sepakan volinya yang menakjubkan membantu Colombia menang 2-0 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia semalam.
Bagi saya, bakat istimewa ialah mereka yang melakukan perkara yang sememangnya luar biasa," kata Tabarez yang pasukannya ditewaskan dengan dua gol Rodriguez di Stadium Maracana.
Maradona, Messi, Suarez, James Rodriguez, mereka melakukan sesuatu kerana mereka ada anugerah yang menjadikan mereka istimewa. Saya percaya daripada apa yang saya lihat dia adalah pemain terbaik dalam Piala Dunia," Tabarez memuji Rodriguez.
Rodriguez, 22, membuka jaringan pada minit ke-28 dengan satu gol hebat, mendada bola dan membuat sepakan voli yang menerjah jaring selepas terlebih dahulu terkena bawah palang gol dari jarak 25 ela.
Dia menggandakan jaringannya pada awal babak kedua, menolak masuk tandukan ke bawah Juan Cuadrado untuk kini mendahului senarai penjaring dengan lima gol.
Saya percaya dialah pemain terbaik pada Piala Dunia.
Saya tidak fikir saya membesar-besarkan cerita. Dia seorang pemain muda. Kami cuba mengehadkan pengaruhnya tetapi dia terus mara dan menjadikan kehadirannya dirasai.
Harap-harapnya dia akan terus mara, kerana dia amat muda. Bola sepak memerlukan pemain dengan perwatakan ini," tambah Tabarez.
Colombia akan menghadapi tuan rumah Brazil dalam suku akhir di Fortaleza pada 4 Julai.
Rodriguez yang menyertai Monaco dari Porto tahun lalu dengan harga 45 juta euro (RM197 juta), berkata bahawa dia gembira dapat membantu membimbing Colombia ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama.
Kami amat gembira, kerana kami mencipta sejarah.
Ketika saya kecil, saya sentiasa mahu berada di sini (Piala Dunia). Itu satu impian besar saya dan kami harap kami boleh menjadikannya lebih besar. Kami ialah sebuah pasukan yang benar-benar mahu menang," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140630/sl_09/Dia-macam-Maradona---Tabarez#ixzz36krQp9lZ © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment