Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 16 July 2014

Sikap dunia Arab menyedihkan - Dr. M

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

DR. Mahathir Mohamad tertarik melihat produk dodol berperisa durian semasa melawat salah sebuah kedai di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Adilah Azhari (Pelatih Foto Uitm)

ALOR SETAR 14 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sedih dengan sikap negara-negara Islam khususnya di dunia Arab yang seakan tidak mempedulikan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Beliau yang dikenali cukup lantang dalam menghentam Israel dan dunia Barat berhubung keganasan itu berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan konsep persaudaraan yang ditekankan di dalam Islam.

"Itulah masalahnya apabila masing-masing mengaku 'kuat' mengamalkan ajaran Islam tetapi sibuk berkelahi sesama sendiri sehingga menguntungkan musuh Islam.

"Saya tidak mahu cakap banyak pasal negara lain tetapi sepatutnya sebagai orang Islam, kita saling tolong menolong dan bukannya bergaduh sampai sanggup tahan bekalan ubat dan makanan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat ke Pekan Rabu, di sini hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan enggan masuk campur, manakala Mesir pula tidak sekadar menyekat bantuan kemanusiaan, malah bertindak menutup sempadannya dengan Palestin dan terowong yang sering digunakan untuk membawa masuk bahan makanan ke Gaza.

Berhubung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang sehingga kini masih belum 'membuka mulut' mengenai kekejaman Israel itu, Dr. Mahathir secara sinis menyatakan pertubuhan itu sebenarnya langsung tidak boleh berbuat apa-apa.

"OIC? Oh, I see... Dia cuma nampak sajalah tapi tak boleh buat apa. Mereka tidak pernah bersetuju antara satu sama lain.

"Tapi nak buat macam mana. Di negara kita pun umat Islam cukup payah nak bersatu. Nak kata pada orang lain macam mana?" katanya sinis.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140715/dn_15/Sikap-dunia-Arab-menyedihkan---Dr-M#ixzz37bSscRoL  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: