Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOORDINATOR Perubatan Aman Palestin, Zainurrashid Zainuddin (berdiri) bersama Ketua Misi Aman Palestin, Dr. Mohamad Nor Sundari berbual menerusi sidang video dengan seorang penduduk Palestin di Gaza bagi mengetahui perkembangan lanjut keadaan di wilayah tersebut, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
KUALA LUMPUR 14 Julai - Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) akan menghantar misi kecemasan ke Gaza Jumaat ini terdiri daripada lima pakar perubatan iaitu dua pakar bedah ortopedik, dua pakar bius dan seorang pakar neurologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, misi tersebut akan turut membawa bekalan ubat-ubatan dan wang tunai sumbangan rakyat Malaysia bagi membeli segala keperluan untuk rakyat Palestin.
Katanya, sebelum ini, Aman Palestin telah menghantar sumbangan sebanyak RM1.3 juta ke Palestin yang dibelanjakan bagi membeli makanan untuk sahur dan berbuka puasa kepada penduduknya.
"Rombongan itu diketuai oleh Dr. Mohamad Nor Sundari dari Pusat Perubatan Pantai; Dr. Zairul Nizam Zainol Fitri dari Hospital Pakar Senawang dan Dr. Mafeitzal Mamat dari Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Turut menyertai rombongan itu adalah Dr. Hasbe Zuraina Abu Bakar dari Hospital Columbia Setapak dan Dr. Kamarul Al-Haq Abd. Ghani dari Hospital Serdang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Iftar Amal 2014 di sini, semalam.
Menurut Awang Suffian, pihaknya akan berurusan dengan kerajaan Mesir untuk memastikan misi berkenaan sampai ke Gaza melalui pintu Rafah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140715/dn_20/Aman-Palestin-hantar-lima-doktor-pakar#ixzz37bnkfS4N © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment