Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 July 2014

Najib dihubungi Mahmoud, Malaysia sokong perjuangan Palestin


NAJIB Tun Razak ketika berbual dengan Mahmoud Abbas melalui telefon, semalam. - BERNAMA

JOHOR BAHRU 16 Julai - Kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin sehingga perjuangan mereka berjaya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau dalam perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas selama 10 minit pukul 5.55 petang ini turut menyatakan pendirian tegas Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

"Dalam perbualan itu, saya nyatakan Malaysia merupakan antara negara yang kuat menyokong perjuangan Palestin.

"Dalam apa jua keadaan, Malaysia berdiri teguh menyokong perjuangan Palestin sehingga perjuangan mereka selesai," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata, sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin itu tidak hanya datang daripada seluruh umat Islam tetapi juga pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan tetap mengutamakan hak dan kedaulatan rakyat Palestin berbanding kenyataan pemimpin pembangkang yang membidas tindakan serangan pejuang Hamas ke atas Israel.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140717/dn_04/Najib-dihubungi-Mahmoud-Malaysia-sokong-perjuangan-Palestin#ixzz37iC1Rbba  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: