Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 July 2014

Muslim, Chanturu, Mat Yo kembali tersenarai

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

NORSHAHRUL Idlan Talaha antara pemain yang kembali dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan.

KUALA LUMPUR - Sedikit kejutan dalam senarai pemain yang dipanggil menyertai latihan sulung skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh dengan Mohd. Muslim Ahmad, S. Chanturu, R. Gopinathan dan Norshahrul Idlan Talaha kembali dipanggil bagi menghadapi Tajikistan pada 8 Ogos ini.

Paling mencuri perhatian adalah kedatangan semula Norshahrul selepas mencipta konflik dengan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini mengenai urusan umrahnya sehingga jurulatih Harimau Muda A itu tidak lagi memanggilnya semasa perlawanan persahabatan bertemu Filipina, 27 April lalu.

Sementara Muslim yang menyertai PDRM pada musim ini kembali menemui rentaknya apabila kerap berada dalam kesebelasan utama, sama seperti Chanturu, yang meledak enam gol bersama Sarawak selepas pulih daripada kecederaan panjang, manakala Gopinathan begitu konsisten sepanjang musim ini sehingga membantu Pahang menjuarai Piala FA.

Kehadiran mereka berempat bermakna tiada tempat buat Razman Roslan, Ronny Harun, Junior Eldstal dan Bobby Gonzalez yang tidak dipanggil oleh Dollah malah pemilihan bekas jurulatih PDRM dan Pahang itu pada kali ini dilihat lebih menumpukan di bahagian serangan.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, sekurang-kurangnya 70 peratus pemain lama dikekalkan memandangkan masa semakin suntuk bagi menyiapkan pasukan berdepan Tajikistan ekoran latihan skuad kebangsaan akan bermula pada 1 Ogos, seminggu sebelum perlawanan.

Di bahagian serangan, Safee Sali masih mampu meraih kepercayaan walaupun jarang diturunkan dalam kesebelasan utama JDT, selain Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Mohd. Nor Farhan Mohamad(Terengganu) manakala beberapa nama yang cukup sinonim seperti S. Kunanlan (Selangor), Safiq Rahim, Amri Yahyah(JDT), Mohd. Badhri Mohd. Radzi (Kelantan), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Hafiz Kamal dan Azamuddin Akil (Pahang) akan mengemudi di kawasan tengah.

Kapten, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak terus memegang watak utama di bahagian pertahanan selain dibantu tiga rakan sepasukan dari JDT, Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd. Shas dan Asraruddin Putra Omar diikuti Bunyamin Umar (Selangor) serta Zubir Azmi (Terengganu).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140717/su_02/Muslim-Chanturu-Mat-Yo-kembali-tersenarai#ixzz37iE067XA  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: