Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

Bakti hulur bantuan RM159,000 kepada penduduk Gaza


ROSMAH Mansor menyampaikan sumbangan cek bernilai AS30,000 kepada Duta Besar Bosnia Herzegovina ke Malaysia, Tarik Bukvic (kanan) sempena majlis penyerahan sumbangan tabung kesejahteraan kanak-kanak Bosnia Herzegovina di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Othman Mahmood (kiri).- BERNAMA

PUTRAJAYA 11 Julai - Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) akan menyalurkan bantuan RM637,000 kepada rakyat Palestin yang sedang berdepan kekejaman rejim Zionis.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu, bantuan tersebut masing-masing RM478,000 daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia dan RM159,000 lagi daripada Bakti.

Rosmah yang merupakan Penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan Yang Dipertua Bakti berkata, bantuan tersebut akan disampaikan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat Palestin yang ditimpa musibah.

"Situasi di Palestin dilihat semakin buruk setiap hari, saya amat sedih melihat konflik ini yang mengorbankan banyak nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak, sehubungan itu bantuan ini diharapkan dapat membantu golongan berkenaan.

"Sumbangan ini juga tanda prihatin kita terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia kepada Bosnia dan Herzegovina di Seri Perdana di sini hari ini.

Keganasan di bumi Palestin itu yang masuk hari ketiga semalam telah mengorbankan 31 penduduk Palestin termasuk empat wanita dan empat kanak-kanak.

Korban terbaharu itu menjadikan jumlah penduduk Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan operasi ketenteraan ke atas Gaza tiga hari lalu meningkat kepada 82 orang.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Rosmah menyampaikan sumbangan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia sebanyak RM96,000 kepada Duta Besar Bosnia dan Herzegovina ke Malaysia, Tarik Bukvic bagi membantu kanak-kanak ekoran bencana banjir yang melanda negara itu pada Mei lalu.

Yang turut hadir, Presiden Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia, Datuk Othman Mahmood dan Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Borhan Dollah.

Menurut Rosmah, sumbangan berkenaan bertujuan membantu kanak-kanak di Bosnia dan Herzegovina membeli peralatan sekolah yang mana kesemua kelengkapan persekolahan mereka sebelum ini musnah selain turut dihanyutkan air.

"Ramai kanak-kanak di negara berkenaan terjejas, buku-buku dan pakaian sekolah mereka musnah, untuk kembali ke sekolah pada September nanti semestinya mereka memerlukan peralatan dan pakaian baharu," katanya.

Dalam pada itu katanya, Malaysia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat negara itu dan sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.




No comments: