Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

Kekejaman rejim Zionis wajar dilaknat - Mufti


PENDUDUK Palestin menyembahyangkan jenazah Abdallah Abu Ghazal, 5, di sebuah masjid di Beit Lahiya, utara Gaza, kelmarin. Abdallah adalah antara 22 yang terbunuh dalam serangan udara Israel awal pagi kelmarin. - AFP

KUALA LUMPUR 11 Julai - Kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin benar-benar mengundang kemarahan masyarakat Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim di luar batasan kemanusiaan.

Kehancuran bandar Gaza akibat bedilan serangan udara Israel tidak hanya memusnahkan rumah kediaman, malah mencabut ratusan nyawa tidak berdosa termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, rejim Israel langsung tidak mempedulikan peraturan antarabangsa dan mencemar kemuliaan Ramadan kepada umat Islam apabila melakukan serangan tanpa henti.

"Memang di dalam al-Quran pun telah banyak perkara yang Allah SWT melaknat orang Yahudi kerana melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran dan sudah menjadi tabiat mereka tidak mempedulikan pandangan orang lain.

"Apa yang cukup menyedihkan adalah kematian kanak-kanak dan wanita juga tidak menjadi masalah kepada mereka, rejim Israel ini benar-benar tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak kisah mengenai darah yang tumpah di atas kezaliman mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kekejaman rejim Israel itu amat terkutuk justeru beliau menyeru agar umat Islam seluruh dunia mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

"Kekejaman terbaharu Israel ini merupakan tindak balas terhadap perpaduan masyarakat Palestin (kerajaan perpaduan Hamas-Fatah), marilah kita sama-sama berdoa agar perpaduan umat Islam Palestin dapat dipertahankan dan kemudiannya memulihkan kekuatan Islam," katanya.

Katanya, kezaliman rejim Israel tiada penghujungnya kerana sejak 1970-an lagi rejim itu sentiasa menyerang Palestin pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah amat dahsyat dan menyedihkan kerana terus terperangkap dengan kekejaman demi kekejaman rejim Israel.

"Apa yang dilakukan oleh rejim Israel adalah bukan tamadun manusia, mereka sanggup mencabut nyawa kanak-kanak berdosa sehingga ada keluarga yang langsung hilang zuriat keturunan mereka," katanya.

Kata Nooh, walaupun jarak Malaysia dan Palestin agak jauh, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain menghulurkan derma agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.


No comments: