Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 July 2014

Israel terus mengganas


BERPULUH-puluh buah kenderaan perisai serta kelengkapan ketenteraan Israel ditempatkan di sempadan Gaza sebagai persediaan menggempur Palestin dari darat semalam. - AFP

GAZA CITY 11 Julai - Pesawat tempur Israel terus melancarkan serangan berdarah di bumi Palestin untuk hari keempat berturut-turut, hari ini, tetapi masih gagal mengekang serangan balas roket pejuang Hamas ke wilayah rejim Zionis ketika Washington mencari jalan untuk menyelesaikan konflik di rantau Asia Barat itu.

Dengan tanda-tanda yang menunjukkan krisis akan bertambah buruk, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akhirnya mengalah untuk menghubungi sekutu kuatnya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi membantu mengadakan rundingan gencatan senjata antara Hamas dan rejim Zionis.

Obama turut menggesa kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian bagi melindungi nyawa orang awam.

"AS sedia membantu Israel dan Hamas mengadakan rundingan termasuk mengembalikan perjanjian gencatan senjata pada November 2012 yang diusahakan oleh bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan kerajaan Mesir," katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, serangan bertubi-tubi pesawat Israel meningkatkan jumlah kematian rakyat Palestin kepada 107 orang dengan satu per tiga daripada jumlah itu merupakan wanita dan kanak-kanak.

Seramai lima bayi dan 10 kanak-kanak berusia bawah 16 tahun menjadi mangsa pengeboman Israel selain pemain bola sepak negara ini, Abdul Rahman Al-Zameli.

Semalam sahaja, lebih 30 rak-yat Palestin maut sekali gus membakar semangat pejuang Hamas melancarkan lebih banyak serangan ke wilayah Israel dalam tempoh 48 jam di Baitulmaqdis, Tel Aviv dan Hadera yang terletak kira-kira 116 kilometer dari Gaza.

Sebanyak lima briged infantri tentera Israel turut ditempatkan di sempadan Gaza sebagai persediaan melancarkan serangan darat ke wilayah ini.

Bagaimanapun situasi itu tidak menggentarkan Palestin, malahan bekas Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh menegaskan pihaknya tidak akan berundur atau menghentikan serangan ke atas rejim Zionis.

"Pihak musuh (Israel) memulakan dulu keganasan ini dan mereka sepatutnya yang perlu menghentikan serangan kerana kami hanya mempertahankan wilayah Palestin," katanya.

Sementara itu, rangkaian berita Al-Jazeera melaporkan, kerajaan sementara Mesir mula membuka sempadan Rafah bagi membolehkan penduduk Palestin yang cedera akibat serangan udara Israel dirawat di negara tersebut.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. - AFP




No comments: