Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 July 2014

WORLD CUP 2014 - Apa dah jadi Brazil?


PEMAIN Brazil tidak dapat membendung perasaan sedih mereka gagal melangkah ke perlawanan akhir setelah dibelasah Jerman 1-7 pada separuh akhir Piala Dunia di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, semalam. - AFP

BELO HORIZONTE - Jurulatih, Luiz Felipe Scolari memohon kemaafan kepada rakyat Brazil, selepas pasukannya mencatat sejarah terburuk dalam Piala Dunia apabila dibelasah 7-1 di tangan Jerman dengan cara yang cukup memalukan pada perlawanan separuh akhir, semalam.

"Kami memohon kemaafan. Kepada rakyat Brazil, tolong maafkan kesilapan yang kami lakukan," kata Scolari yang nyata terkejut dengan keputusan tersebut. Jurulatih yang memenangi Piala Dunia pada 2002 itu mengakui kesilapannya, dan bersedia memikul tanggungjawab di atas prestasi buruk yang dipamerkan anak-anak buahnya.

"Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan pemain di padang, dan saya rela dipersalahkan berikutan keputusan buruk ini. Saya meminta maaf kerana kami gagal mencapai sasaran yang diletakkan. Penyokong tetap memberikan sokongan walaupun gawang Brazil dibolosi dengan lima, enam atau pun tujuh gol oleh Jerman.

"Memang tidak normal apabila dibolosi empat gol dalam tempoh enam minit, tetapi semua itu boleh berlaku. Malah, skuad Jerman sendiri tidak mempercayai dengan apa yang terjadi," katanya.

Scolari berkata, kekalahan dibelasah 7-1 ditangan Jerman pada separuh akhir Piala Dunia merupakan pengalaman paling buruk yang terpaksa diharungi sepanjang kehidupannya.

"Saya rasa, hari ini (semalam) merupakan hari paling teruk sepanjang hidup saya, tetapi hidup masih perlu diteruskan. Saya akan terus dikenang sebagai seorang jurulatih yang menyebabkan Brazil dibelasah 7-1, tetapi saya sedar akan risiko itu apabila saya menggalas tugas ini, dan hidup perlu diteruskan, jadi itulah yang akan saya lakukan," kata jurulatih berusia 65 tahun itu.

Brazil begitu mudah dibolosi sebaik permainan bermula apabila Jerman melepaskan ledakan gol menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose, Sami Khedira, dan dua gol daripada Toni Kroos yang sekali gus meletakkan Jerman selesa mendahului 5-0 dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan. Andre Schuerrle menyumbat dua gol lagi untuk Jerman pada separuh masa kedua, sebelum Oscar menjaringkan gol saguhati buat pasukan tuan rumah.

"Mesej saya kepada penyokong, dan seluruh rakyat Brazil, apa yang telah kami lakukan ini adalah berdasarkan kemampuan kami, dan kami berusaha melakukan apa yang kami fikir adalah yang terbaik. Kami tewas kepada sebuah pasukan handal yang mempunyai kemahiran hebat, dan mereka hanya memerlukan enam minit untuk mengubah permainan dengan meledakkan empat gol dengan cara yang cukup luar biasa.

"Tolong maafkan kami di atas kesilapan ini. Kami mohon maaf kerana tidak berupaya untuk melangkah ke perlawanan akhir, dan kami akan berusaha meraih kedudukan ketiga dalam aksi playoff di Brasilia, Sabtu ini (Ahad waktu Malaysia) sebagai penghormatan buat skuad ini," tambah Scolari.

Scolari bersedia menggalas tanggungjawab di atas kekalahan skuad bimbingannya, tetapi tidak memberikan sebarang gambaran sama ada dia berhasrat untuk kekal bergelar jurularih Brazil selepas pertandingan berakhir nanti.

"Siapa yang bertanggungjawab? Saya. Keputusan buruk ini boleh dikongsi bersama pasukan kerana itu yang para pemain saya mahu, dan katakan, tetapi saya yang membuat percaturan taktik, kesebelasan utama, jadi individu yang perlu bertanggungjawab dengan keputusan ini adalah saya sendiri," tegas Scolari. - AFP


No comments: