Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

Siasat dalang sebar khabar angin - Pasmeb


JANURI Ratiman (tengah) menunjukkan salinan laporan polis berhubung penyebaran khabar angin mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor di IPD Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin

SEPANG 10 Julai - Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) meminta polis menyiasat individu yang menyebarkan khabar angin mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam laman sosial pada Isnin lalu.

Pengerusi Pasmeb Sepang, Januri Ratiman berkata, pihaknya juga meminta polis menyiasat lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa menjadi dalang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sehingga mencetuskan kemelut politik di negeri itu.

Beliau berkata, penyebaran be­rita palsu tersebut bukan sahaja menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat malah turut mengheret pihak istana.

"Kami meminta polis menyiasat siapa dalang di sebalik penyebaran berita palsu ini melalui laman sosial, WhatsApp dan khidmat pesa­nan ringkas (SMS) kepada umum serta menyi­asat lima pemimpin kanan PKR yang mengkritik kepemimpinan Menteri Besar Selangor dengan mendesak beliau meletak jawatan.

"Isu ini turut melibatkan pihak istana dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta kebimbangan kepada rakyat negeri ini," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Menurut Januri, lima pemimpin kanan PKR yang didakwa mempunyai hubung kait mendesak Menteri Besar Selangor itu meletak jawatan ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu polis menyiasat dalang menyebarkan laporan palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bahawa Menteri Besar Selangor itu akan meletak jawatan melalui Twitter, Isnin lalu.

Katanya, polis juga diminta menyiasat satu artikel dalam akhbar Malay Mail bertajuk Khalid to resign as Menteri Besar yang didakwa tidak bertanggungjawab kerana meminta Menteri Besar Selangor itu meletak jawatan.

"Selain itu kami mahu polis menyiasat seorang individu yang menggunakan nama Habib Mazlan dipercayai menjadi dalang mengeluarkan kenyataan palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor itu.

"Kami tidak tahu apa motif mereka, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan dan mempertahankan Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor," katanya.




No comments: