Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

Lembaga Disiplin PKR dicabar ambil tindakan ke atas Rafizi - ADA DISIPLIN KE PARTI NI ? KERUSI TERBANG SATU..


RAFIZI ramli

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengerusi Lembaga Disiplin Keadilan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dicabar mengambil tindakan tatatertib ke atas Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kerana didakwa menjadi punca perbalahan dalam parti itu.

Ahli PKR Cabang Subang, Siva Subramaniam mendakwa, segala kemelut dalaman yang melanda parti tersebut sekarang terutamanya suasana panas di Selangor adalah berpunca daripada 'Langkah Kajang' hasil idea Rafizi dan untuk itu, beliau wajar dihukum.

Dakwanya, walaupun perbalahan politik antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah lama berlaku tetapi keadaannya tidak seteruk sebelum Rafizi campur tangan dengan memperkenal 'Langkah Kajang'.

"Pengerusi lembaga disiplin jangan hanya tegas menghukum ahli-ahli akar umbi tetapi pemimpin seperti Rafizi yang jelas menjadi punca perbalahan terbuka sehingga melemah dan menjejaskan parti langsung tidak dipanggil, jauh sekali dihukum.

"Pucuk pimpinan kena ingat, ahli sudah semakin bosan melihat kemelut politik berpanjangan ini dan jangan anggap suara akar umbi tiada nilai kerana pembangkang berkuasa sekarang disebabkan sokongan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut dalaman yang semakin parah dalam PKR berikutan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membabitkan beberapa pemimpin parti itu.

Dalam pada itu, Subramaniam mempersoalkan apakah motif sebenar Rafizi memperkenalkan 'Langkah Kajang' kerana semua pihak sudah menjangka, idea tersebut bakal mendatangkan lebih banyak masalah berbanding penyelesaian politik sebagaimana diharapkan.

"Apa yang berlaku ini hanya menambahkan lagi perbalahan dan jelas merugikan parti tetapi apa Kee Kwong buat? Mengapa beliau langsung tidak berani mengambil tindakan terhadap Rafizi sedangkan itu yang ahli akar umbi mahukan," soalnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140711/po_04/Lembaga-Disiplin-PKR-dicabar-ambil-tindakan-ke-atas-Rafizi#ixzz378wvXXJa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: