Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 8 October 2014

POLITIK : Nik Abduh dakwa ada gerakan untuk lemahkan Pas

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

NIK MOHAMAD ABDUH

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa wujud gerakan konspirasi sekutu Yahudi yang menyelinap di dalam parti itu bagi melemahkan pengaruh Pas dalam pakatan pembangkang.

Katanya, gerakan yang dibuat bagi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan memastikan perjuangan parti tersebut dalam menegakkan syariat Islam di negara ini, dilenyapkan secara langsung ketika pakatan pembangkang memerintah kelak.

Menurutnya, tanda mudah untuk difahami berhubung perkembangan gerakan itu adalah apabila golongan ulama yang sudah berjaya membawa Pas sehingga tahap sekarang dan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai parti Islam yang progresif, tiba-tiba digugat oleh pertembungan dalaman antara ulama, Presiden dan Majlis Syura.

"Sama ada sedar atau tidak sedar itu yang saya tegaskan bahawa ahli Pas mesti mempunyai kesedaran yang tinggi, kadang-kadang kita fikir ini baik, tetapi kita tidak sedar bahawa ia dirancang, seperti disebutkan (wujud) gerakan antarabangsa (konspirasi Yahudi) sekiranya dirancang dan diberi sokongan pemikiran seperti ini, jadi ia akan mengubah Pas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Nik Mohamad Abduh sebelum ini mendakwa wujud gerakan oleh musuh Islam pada peringkat antarabangsa untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama parti itu.

Dalam laman Facebook miliknya kelmarin, beliau berkata, pihak terbabit melihat gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat agama seperti Pas pimpinan Abdul Hadi perlu dilumpuhkan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, hal ehwal gerakan tersebut telah lama dibincangkan di peringkat antarabangsa kerana dunia Barat mengetahui bahawa gerakan Islam yang mengajak umatnya di seluruh dunia untuk kembali kepada Islam sedang berpengaruh.

Kata beliau, dunia Barat telah lama berusaha untuk menyekat gerakan Islam tersebut walaupun mereka berjaya di peringkat awal, tetapi akhirnya umat Islam sedar akan kelemahan mereka meninggalkan ajaran agama menyebabkan gerakan tersebut tidak dapat disekat.

Kata beliau, apabila gerakan tersebut tidak dapat menyekat perkembangan gerakan Islam, mereka terpaksa memikirkan cara baharu untuk menghalang supaya gerakan sederhana Islam yang dibawa dapat digelincirkan daripada landasan.

"Jadi, caranya adalah mereka masuk ke dalam untuk mengubah pemikiran ahli gerakan Islam supaya mereka ini tidak bertembung dengan Barat. Dari satu sudut kelihatan bagus kerana Islam akan dilihat tidak bertembung dengan Barat, tapi kita kena ingat itu adalah racun iaitu akan merosakkan matlamat yang Islam sendiri mahu iaitu ajaran yang dilaksanakan secara menyeluruh.

"Oleh itu, usaha yang dibuat oleh Barat sekarang seperti yang saya sebut, maknanya diangkat nama Islam tetapi dipinggirkan syariat Islam, jadi mereka memudahkan laluan untuk pemikiran sebegitu di peringkat antarabangsa," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141008/po_02/Nik-Abduh-dakwa-ada-gerakan-untuk-lemahkan-Pas#ixzz3FWPeQtC7  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: