Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 28 October 2014

Pasma tidak berhak 
persoal Majlis Syura Ulama

28 Oktober 2014 2:59 AM

HARON DIN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak berhak mempersoalkan bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas dalam mengeluarkan larangan ke atas ahli-ahli parti agar tidak melibatkan diri dengan pertubuhan tersebut.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, tidak timbul isu Majlis Syura Ulama parti mempunyai kuasa eksekutif atau sebaliknya.

Menurutnya, Perlembagaan Pas menyatakan, badan itu boleh dan berhak memberi nasihat atau mengambil sebarang tindakan demi menjaga kepentingan parti.

“Nasihat dan peringatan memang termasuk dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulama Pas, tidak timbul alasan eksekutif atau tidak kerana kita ada bidang kuasa.

“Secara cermat, halus dan beradab kita menasihatkan. Sepatutnya diambil kira demi perpaduan parti dan kebaikan seluruh ahli,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Pasma kerana mempertikaikan larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama Pas itu dan secara sinis mempersoalkan status pertubuhan berkenaan yang dianggap `entah dari spesies mana’.

Baru-baru ini, Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai kuasa eksekutif berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pas Pusat.

Haron menambah, Majlis Syura Ulama Pas telah mengambil kira pelbagai pandangan dan laporan yang diterima berikutan isu Pasma yang dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Pas Ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu.

“Kalau tidak ada sesuatu negatif terhadap parti, tidak ada rungutan atau gesaan daripada ahli, Majlis Syura Ulama tentulah tidak akan membuat sebarang teguran dan mendiamkan diri sahaja,” jelasnya.

Menurut beliau, teguran badan tertinggi Pas tersebut mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat, justeru ahli-ahli parti seharusnya menerima nasihat Majlis Syura Ulama parti agar jangan terlibat dengan Pasma termasuk menghadiri sebarang majlis anjuran pertubuhan itu atau menjadi ahlinya.

Ditanya tentang tindakan yang sepatutnya diambil jika nasihat itu tidak diendahkan, Haron berkata, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai mekanisme tersendiri.

Berhubung kenyataan Abdul Hadi yang agak keras dan sinis terhadap Pasma, beliau memberitahu, tindakan itu adalah di bawah bidang kuasa Presiden Pas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pasma-tidak-berhak-8232-persoal-majlis-syura-ulama-1.17597#sthash.HjBbzasP.dpuf


No comments: