Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 13 October 2014

BAJET : RM2.26 bilion sejahterakan wanita, keluarga


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima peruntukan sejumlah RM2.26 bilion bagi pembangunan dan operasi kementerian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif tersebut untuk meningkatkan sumbangan wanita dalam pembangunan negara dan berikutan itu kerajaan menumpukan kepada usaha mempergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan.

Katanya, bagi mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, kerajaan merancang melatih seramai 125 orang bakal pengarah wanita untuk mengisi jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta.

"Dalam usaha memberi perlindungan kepada golongan wanita pula, kerajaan akan membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon wilayah timur, utara dan tengah. Selain itu kerajaan akan meneruskan program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal kepada ibu tunggal.

"Kerajaan juga menambah baik kemudahan cuti menjaga anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh cuti bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015 dan kemudahan ini diperluaskan kepada wanita yang turut menjaga anak tiri dan anak angkat," katanya ketika membentang Bajet 2015 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib berkata, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis panduan sedia ada akan dipinda iaitu mulai Januari 2015 kerajaan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, daripada jumlah peruntukan keseluruhan, sebanyak RM2.2 bilion adalah untuk keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Selain itu, katanya, pelepasan cukai bagi setiap anak OKU daripada RM5,000 dinaikkan kepada RM6,000 dan pelepasan cukai bagi pembelian sokongan asas OKU itu sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU turut dinaikkan pada kadar sama.

"Kerajaan menaikkan kadar makanan harian kepada 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM8 kepada RM16. Turut menjadi perhatian adalah menambah lima pusat aktiviti warga emas dengan menjadikan sebanyak 50 buah di seluruh negara," katanya.

Beliau menambah, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, program Permata dan Tabika Perpaduan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_09/RM226-bilion-sejahterakan-wanita-keluarga#ixzz3FzZpmKFA  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: