Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 14 October 2014

EURO 2016 : Prestasi Three Lions tidak cukup yakinkan penyokong


TALLINN - Mengutip sembilan mata maksimum selepas tiga perlawanan, tidak cukup menggembirakan penyokong England kerana pasukan itu masih gagal mempamer aksi meyakinkan ketika menewaskan Estonia 1-0 dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016, semalam.

Walaupun tuan rumah beraksi dengan 10 pemain selepas kehilangan kapten, Ragnar Klavan yang dibuang padang pada minit ke-48, namun England terpaksa menunggu sehingga minit ke-73 untuk mencipta gol tunggal.

Sepakan percuma Wayne Rooney menyelamatkan Three Lions daripada dikejutkan pasukan kerdil, Estonia, sekali gus membolehkan mereka meneraju Kumpulan E.

Pengurus England, Roy Hodgson mempertahankan keputusannya merehatkan bintang Liverpool, Raheem Sterling.

Katanya, pemain berusia 19 tahun itu terpaksa disimpan atas faktor keletihan.

Sterling diketepikan di bangku simpanan sselepas memaklumkan kepada Hodgson bahawa dia berasa dirinya tidak berada di tahap terbaik baik dari segi mental dan fizikal sewaktu sesi latihan 24 jam sebelum sepak mula di Tallinn.

Hodgson yang memutuskan untuk memenuhi permintaan Sterling, nyata telah mencetus masalah buat England untuk membolosi pertahanan Estonia yang berada di ranking ke-81 dunia. Posisi Sterling diisi seorang lagi pemain Liverpool, Adam Lallana.

"Kami pada ketika itu sedang melakukan sesi latihan ringan di Grove dan dia (Sterling) berkata, 'saya berasa letih dan saya tidak fikir yang saya kini berada di tahap terbaik'.

"Saya mengagumi sikap jujurnya memaklumkan kepada saya. Ia berlaku dua hari selepas perlawanan menentang San Marino apabila kami melakukan banyak larian kerana penguasaan bola yang berpihak kepada pasukan.

"Saya memiliki dua pemain, seorang memberitahu saya dia keletihan dan seorang lagi pula penuh bersemangat, jadi kami pilih yang memberi maklum balas positif itu dan meletakkan pemain yang kepenatan di bangku simpanan," kata Hodgson.

Akhirnya, Hodgson memasukkan Sterling ketika permainan berbaki 27 minit untuk tamat dan kehadiran pemain itu berjaya membantu England mendapatkan sepakan percuma yang disempurnakan Rooney.

Hodgson yang sebelum ini membangkitkan kemarahan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers ekoran kederaan yang dialami Daniel Sturridge sewaktu melaksanakan tugasnya di pentas antarabangsa awal musim ini, tetap berkeras, tindakannya merehatkan Sterling merupakan satu keputusan yang tepat. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20141014/sl_02/Prestasi-Three-Lions-tidak-cukup-yakinkan-penyokong#ixzz3G5Fm0KBr  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: