COPENHAGEN: Ketika Denmark mula berfikir akan membawa pulang satu mata berharga daripada Portugal dalam kempen Kelayakan Euro 2016 di laman sendiri, bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bangkit pada masa kecederaan untuk menafikan graviti dan merobek hasrat lawan.
Kapten Portugal itu gagal memecah kebuntuan hinggalah minit terakhir perlawanan sebelum melonjak tinggi seakan terapung di udara dan menanduk padu gol kemenangan 1-0 buat pelawat.
"Itu Cristiano Ronaldo, dia memiliki segala-galanya," kata pertahanan Denmark, Simon Kjaer yang jelas kecewa dengan jaringan itu.
"Dia mungkin masih berada di sana, meledak gol dan ia amat mengecewakan," kata Kjaer yang turut beraksi cemerlang menggagalkan segala serangan Ronaldo hinggalah gol pada masa kecederaan itu.
CRISTIANO Ronaldo (kanan) meraikan jaringan kemenangan Portugal bersama rakan sepasukannya sejurus meledak gol menewaskan Denmark 1-0 pada aksi Kelayakan Euro 2016 di Stadium Perken, awal pagi tadi. - Foto EPA
"Situasi itu berlaku di saat akhir. Dia adalah penyerang bertaraf dunia dan dia tidak berada pada perlawanan yang paling besar jadi ia satu pujian buat kami.
"Namun pujian terhadap mengambil hantaran itu dengan baik amat mengecewakan kami."
Kenyataan Kjaer turut diakui pertahanan kanan Denmark, Lars Jacobsen yang terpaksa menghalang gerakan pentas Ronaldo di Copenhagen.
"Gol itu hanya sedikit daripada kelas yang ditunjukkannya. Tandukan itu memang menakjubkan. Masa yang tepat, kemampuan melakukan lonjakan yang baik dan diaa melakukan segala-galanya dengan baik.
"Kerana itu dia adalah pemain terbaik dunia," katanya.
Jurulatih Denmark, Morten Olsen yang berang dalam pada itu membidas pasukannya sebagai 'kurang profesional' kerana melepaskan gol menerusi sepakan percuma yang disudahkan Ronaldo.
"Apabila dia melompat seawal itu dan berada di udara selama itu, ia sukar buat pertahanan dan penjaga gol. Ia berada dalam kelasnya, kita dapat lihat setiap minggu. Kita lihat dalam Liga Juara dan malangnya, kita melihatnya pada hari ini." - Reuters
BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo (kiri) melonjak tinggi untuk menjaringkan gol kemenangan pasukannya ketika perlawanan Kelayakan Euro 2016 ke atas Denmark di Stadium Parken, awal pagi tadi. - Foto EPA
No comments:
Post a Comment