Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 15 October 2014

EURO 2016 : Belanda pula terima kejutan


PEMAIN tengah Iceland, Aron Einar Gunnarsson (kanan) mengasak penyerang Belanda, Robin van Persie dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Reykjavik, Iceland semalam. Iceland menang 2-0. - AFP

REYKJAVIK, Iceland - Pemenang ketiga Piala Dunia 2014, Belanda menerima kejutan apabila kalah 2-0 kepada Iceland dalam kelayakan Euro 2016 semalam.

Ini merupakan kekalahan kali ketiga dalam empat perlawanan sejak skuad Oranje dibimbing oleh Guus Hiddink.

Pemain tengah Swansea, Gylfi Sigurdsson menjadi wira apabila menjaringkan kedua-dua gol untuk membantu Iceland merekodkan kemenangan pertama ke atas Belanda.

Kemenangan itu meletakkan Iceland di takhta Kumpulan A kelayakan, memiliki kelebihan jaringan ke atas pencabar terdekatnya Republik Czech yang turut belum mengalami kekalahan.

Turki pula terperosok di dasar tangga, bersama Kazakhstan, walaupun mengutip mata pertama mereka selepas seri 1-1 dengan Latvia.

Sigurdsson meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti selepas pertahanan Belanda, Stefan de Vrij menjatuhkan Birkir Bjarnason dan jaringan kedua berjaya dihasilkan melalui sepakan voli tiga minit sebelum tamat separuh masa apabila benteng lawan gagal mengeluarkan bola sepakan sudut.

"Gol-gol yang dihasilkan berpunca daripada (kesilapan) kami sendiri," kata pemain sayap Arjen Robben.

Ketua pasukan Belanda, Robin van Persie yang sentiasa memantau cara permainan Iceland saban malam turut melahirkan rasa kecewa.

"Sangat menyakitkan kerana kami kalah di sini," katanya.

Gol kedua Iceland menambah tekanan kepada Belanda apabila Van Persie dan Robben mensia-siakan peluang selepas Daley Blind membuat hantaran lintang dari arah kiri gawang lawan.

"Kami perlu memastikan emosi kami terkawal kemudian perlu menyemak semula prestasi pasukan Belanda dan membawa perkara tersebut ke peringkat seterusnya untuk memperbaiki kedudukan semasa," kata Hiddink, 67.

Sejak menamatkan Piala Dunia 2014 di tempat ketiga, skuad Oranje mengalami dua kekalahan dalam perlawanan persahabatan iaitu menentang Itali dan Repulbik Czech dan terpaksa berusaha keras ketika menewaskan Kazakhstan dan sekarang kalah kepada Iceland.

Rekod buruk itu sudah pasti memberi tekanan kepada Hiddink yang mempunyai rekod cemerlang malah pernah membantu Belanda layak ke separuh akhir Piala Dunia 1998. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20141015/sl_01/Belanda-pula-terima-kejutan#ixzz3GAy56rNC  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: