Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 13 October 2014

BAJET : RM6 bilion mampu perhebatkan sektor pertanian negara - Ismail


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghargai komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peruntukan sebanyak RM6 bilion yang dilihat dapat memperhebatkan lagi sektor pertanian negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah peruntukan tersebut terdapat empat inisiatif baharu antaranya menerusi dana pembiayaan sebanyak RM500 juta yang akan diagihkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Katanya, daripada jumlah tersebut RM350 juta diperuntukkan kepada usahawan bumiputera iaitu 33,000 peminjam dan RM50 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan India yang dijangka memberi manfaat kepada 5,000 peminjam kaum itu.

"Menerusi pengagihan TEKUN itu juga, sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional yang memberi peluang kepada 5,000 peminjam daripada golongan berkenaan.

"Malah, kerajaan turut prihatin terhadap bekas-bekas tentera negara apabila menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, di bawah inisiatif kedua peruntukan tersebut, kerajaan akan membuka 65 buah pasar tani kekal dan 50 pasar ikan yang beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih.

Katanya, setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara.

"Sementara itu, inisiatif ketiga pula memperkenalkan program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan di 85 lokasi Pusat Operasi Urusniaga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pasar-pasar tani seluruh negara setiap minggu.

"Inisiatif terakhir iaitu memasang Sistem Pengenalan Automatik ke atas bot-bot nelayan bertujuan meningkatkan hasil tangkapan ikan sekaligus memastikan bekalan makanan untuk keperluan rakyat mencukupi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_10/RM6-bilion-mampu-perhebatkan-sektor-pertanian-negara---Ismail#ixzz3FzciXpn8  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: